Friday, August 1, 2014
Machiavelli PAS? - Wawasan Dikaburi Oleh Keinginan Untuk Mencapai Kuasa Dengan Apa Jua Cara.
Ulama PAS pandang penyertaan dalam Pakatan dari sudut praktikal
AD - 04:00PM Ogos 01 2014
KOMEN PEMBACA:
Sebuah rencana baik yang menganalisis keadaan dan melakukan
perbandingan dengan perebutan kuasa Kelantan tahun 1977 apabila Umno
merampas negeri itu.
Namun
kali ini ia agak berbeza. Tidak syak lagi Umno merencanakan isu kalimah
Allah dan rampasan Bible, tetapi ianya jelas kepada pemerhati bersahaja
sekalipun bahawa Umno mempunyai niat yang tidak baik.
Jadi untuk mendakwa bahawa PAS dan sekutunya telah jatuh ke dalam perangkap adalah hanya separuh dari keseluruhan cerita.
Kenyataannya
adalah golongan ulama dalam PAS tidak pernah begitu berminat untuk
bekerjasama dengan DAP dan PKR. Bagi mereka ia adalah sebuah tindakan
yang praktikal, selagi ia menguntungkan mereka. Ungkapan "jangka
panjang" tidak berada dalam kamus mereka.
Selain
daripada permulaan yang goyah, realitinya adalah dalam politik semuanya
adalah tentang kuasa (dan keuntungan kewangan, sudah tentu). Sejak PRU
2008, Umno telah menunjukkan bahawa puak tertentu dalam PAS bersedia
untuk berunding.
Tetapi
pada masa itu, Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pengaruh yang amat besar,
dan cakap-cakap persepakatan PAS-Umno selepas itu malap begitu saja.
PAS
kecewa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, dan Kedah
sebelum itu. Mereka merasakan mereka kalah kerana ahli mereka hanya
mendapat perlantikan jawatan kecil. Mereka enggan menerima hakikat
bahawa dalam model demokrasi seperti yang digunakan kita, majoriti yang
dapat memerintah.
Dan yang memburukkan lagi imej mereka, mereka menutup peluang mereka, apabila gagal mentadbir Kedah dengan baik.
Pandangan
sempit sesetengah pemimpin dan penasihat PAS adalah sukar dipercayai.
Pendapat saya adalah wawasan mereka dikaburi oleh keinginan untuk
mencapai kuasa politik dengan apa jua cara.
Apa
yang digelar sebagai pilihan yang dicadangkan oleh Zuhdi PAS dalam
kebocoran mesej WhatsApp itu berkemungkinan besar merupakan pendapat
yang diusahakan oleh beberapa tokoh, atau tokoh-tokoh, kanan PAS yang
lain.
Tetapi
ia memberitahu kita banyak perkara. Pertama sekali ia mengesahkan
terdapat sekumpulan ahli kanan PAS yang sanggup berpakat dengan Umno.
Kedua ia juga memberitahu kita bahawa perangkap ini telah dipasang Umno, yang mensasarkan kepada kumpulan ini.
Ketiga
ia juga memberitahu kita bahawa keinginan untuk berkuasa ini begitu
berleluasa, sehingga kumpulan ini sanggup mengorbankan kredibiliti PAS
dan prinsip Islam.
Keempat,
ia juga memberitahu kita bahawa golongan ini tidak jujur, kerana mereka
akan menggunakan isu kehilangan kuasa politik Melayu dan ancaman kepada
Islam yang dicetuskan oleh Umno, sebagai sebab untuk berpaling tadah
dengan Umno. Namun, ianya jelas kepada semua bahawa tidak apa-apa
ancaman kepada Islam atau orang Melayu Islam yang membentuk 70% daripada
keseluruhan populasi. Kita hanya perlu melihat komposisi kaum DAP, PKR
dan PAS bahawa orang Melayu dan orang Islam melebihi bilangan orang
bukan Islam dalam DAP dan PKR.
Sebab-sebab
yang ditawarkan oleh puak pro-Umno dalam PAS hanyalah untuk mengaburi.
Ia akan gagal dalam ujian kejujuran apabila keadaan dikaji dengan
teliti.
Kebenaran adalah menyakitkan tetapi penelitian yang jujur dan tidak berkias akan menjadikan segala-galanya jelas.
Oleh
itu isu perpecahan Pakatan atau perpecahan dalam PAS hanyalah
melibatkan satu perkara yang jelik: rasa tamak. Faktor ini sentiasa
menjatuhkan sesiapa pun.
Sekarang
kita lihat bagaimana ianya akan berakhir. Yang rugi adalah kita –
rakyat. Dan tanpa mengira kaum dan kepercayaan, kita sentiasa mahukan
sesuatu yang adil: Untuk hidup dalam keamanan, keharmonian dan
kemakmuran. – Sam Wijaya
Arh: Jika Hadi Awang dan sekutu beliau menyimpan hasrat untuk menarik PAS keluar dari Pakatan untuk bersama Umno, biarkan sahaja.
Tiada
siapa yang menghalang dan meminta-minta mereka untuk kekal. Ia adalah
hak mereka. Malah, adalah lebih baik bagi pemimpin-pemimpin PAS untuk
mengisytiharkan pendirian mereka dan bertindak sekarang dari bermain
taqqiyah (pembohongan Islam), yang boleh menyebabkan banyak masalah dan
malapetaka kepada Pakatan, jika Pakatan mengambil alih Putrajaya selepas
PRU14.
Mesej
sulit Zuhdi adalah rahmat bila mana ia mendedahkan agenda tersembunyi
PAS, dan mempamerkan PAS sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai yang
rela mengkhianati dan menikam rakan-rakan di belakang apabila peluang
muncul untuk menghalalkan cara bagi mencapai matlamat – semuanya atas
nama agama dan bangsa (bukan rasa tamak?).
Tolonglah
Hadi Awang, Zuhdi dan pengikut mereka, tanpa Taqqiyah, tarik parti
Islam anda keluar dari Pakatan. Kami tidak mahu unta seperti anda berada
dalam khemah kami, yang boleh menyebabkan masalah kepada kami di
kemudian hari. Ada baiknya Pakatan mengalami kesusahan dan kekecewaan
sekarang, daripada kemudian apabila ia terlalu lewat.
Kepada
MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain ahli bukan Islam BN, saya pasti anda
akan mengalu-alukan dan menerima ahli baru ‘abang long’ anda UMNO iaitu
PAS.
Akhirnya
kini anda mampu untuk duduk dan berbincang dengan abang long Umno dan
abang-tiri PAS tentang bagaimana untuk menyebarkan Islam, melaksanakan
undang-undang hudud, menegakkan ketuanan Melayu, mewajarkan dan
menghalalkan rasuah kelas atas, memberikan lebih banyak ruang dan
pengaruh kepada Perkasa dan Isma untuk melindungi bumiputera dan Islam
yang diancam dari parti-parti pembangkang dan orang bukan Islam dan
pendatang, dan banyak lagi. Dengan bantuan anda, anda akan diberi
ganjaran serdak dan sisa-sisa.
Anda harus berterima kasih kepada abang long anda. Apa lagi ‘you’ mau?
Dengan kerjasama anda, anda boleh membantu Umno dan PAS untuk mencapai matlamat mereka.
Kepada
ahli-ahli bukan Islam BN, sedarilah maksud singkatan nama Umno - U Must
Never Object (jangan sekali-kali anda bangkang)! Hahaha!
Selain
keraguan bahawa PAS adalah rakan yang tidak boleh dipercayai, yang
sanggup mengkhianati dan menikam rakan-rakannya dari belakang.
Ulasan-ulasan ini diberikan pembaca rencana “A PAS fallout in Pakatan is win-win for Umno and MB Khalid”.
1 orang berkata:
Ulasan dr penyokong pkr. Cuba anda baca apa rancangan anwar dlm kajangmove . Siapa yg mula cetus huruhara. Siapa yg nampak berkuasa dlm pakatan. Siapa yg gila nak jd pm. Isu agama dap amat sukar memahami perjuangan pas. Kpd penyokong2 pas mari kita tinggalkan perjuangan sekular pkr ini. Perjuangan kita utk mendpt redha allah. Kpd pemimpin pas ubah niat anda kembali. Anda akan disoal oleh allah nanti ttg perjuangan anda. Jgn ada sedikit pun bergelumang dgn perkara yg dibenci syarak. Biar tinggal satu kerusi @ tiada berkerusi sekalipun kami penyokong2 pas tulen x heran sbb kami bukan mencari redha manusia yg bergelumang dgn najis, ttp kami mencari redha allah yg kekal abadi. Halatuju anwar kita sudah tahu. Pegangan sekelarism penyokong2 pkr sudah dikenal pasti. Dap x payah hurailah. Ayoh bersiap sedia..
Kami penyokong2 pas akan menerima apa shj arahan dr tn presiden slagi tidak bercanggah dgn hukum syarak.
Post a Comment