Friday, August 29, 2014
Kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen
Pendakwaan mahkamah terhadap lima pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Padang Serai N
Surendran hari ini menandakan bermulanya era pemerintahan kuku besi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit
Siang.
Lim berkata, penangkapan dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap
terhadap pimpinan PR, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) menjelang sambutan Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini
menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik negara.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK)
jika wakil rakyat PR didapati bersalah dan hilang kelayakan mereka.
"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya bukan sekadar menyabitkan,
malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang
membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima PRK
peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang
Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN – Seri Delima dan Changkat
Jering.
"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau
Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29
Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat
Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan
terhadap pimpinan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi didakwa dengan tuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan
kerana membuat kenyataan fitnah dan provokasi terhadap ahli Umno.
Manakala Surendran dikenakan dakwaan mengikut Akta Hasutan berhubung
keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membuat kenyataan rayuan kes Liwat II
adalah konspirasi politik yang melibatkan Putrajaya, dakwaan kedua yang
dikenakan terhadapnya dalam tempoh dua minggu.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula semalam didakwa mengikut Akta
Hasutan kerana kenyataan yang dibuat terhadap Sultan Selangor dan Majlis
Agama Islam Selangor (Mais), dan Adun Seri Delima RSN Rayer didakwa
dengan dua tuduhan hasutan ekoran kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya
Mei lalu.
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada
PAS, turut didakwa awal minggu ini kerana memfitnah Najib dalam
ucapannya dua tahun lalu.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang
pula masih dalam proses perbicaraan mengikut Akta Hasutan.
Lim berkata, ini adalah kemuncak ironi kerana Najib pada Julai 2012
memansuhkan Akta Hasutan sebagai sebahagian daripada Program
Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara
demokrasi terbaik di dunia."
Namun hakikatnya menurut Lim, Najib mencipta rekod baru menggunakan akta
itu terhadap ahli Parlimen dan Adun, malah pencapaian beliau mengatasi
22 tahun "zaman gelap" di bawah pemerintahan bekas perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad.
"Lima ahli parlimen (termasuk Karpal Singh) dan seorang Adun didakwa kerana menghasut sepanjang enam tahun pentadbiran Najib.
"Sedangkan sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli
Parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kelayakannya, iaitu
(Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng," katanya.
Katanya, ketika itu Dr Mahathir "dibantu" Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, namun ia bukanlah
alasan untuk memulakan zaman kuku besi baru di bawah kepimpinan Najib.
Beliau berkata, kebebasan demokrasi akan terjejas jika Akta Hasutan dan
undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai
senjata.
"Bukan sahaja Najib dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang
perlu dipertanggungjawabkan atas era kuku besi baru, tetapi seluruh
menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN harus
dipertanggungjawabkan," katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada pengamal kuasa eksekutif dan
kehakiman supaya menjauhkan diri daripada melakukan tindakan yang
menyebabkan kemerosotan demokrasi.
"Jika tidak, mereka boleh dianggap bersubahat melahirkan era
pemerintahan kuku besi baru di Malaysia," katanya. – 28 Ogos, 2014. - MI
3 orang berkata:
babi lh kit siang, lu bukan hirau kaum lain pun, demokrasi konon
Jgn maki org “babi” nanti kena dakwa di mahkamah. Kata “celaka” kena dakwa dah. Kalau maki gunalah “haram jadah” yg ni tak kena dakwa.
Geng umno mengamuk ka.
X pyh mengamok perkasakan melayu...bukan ajak melayu masuk perkasa..
..bagi org melayu maju...bukan buat maju kroni shj....janji kalau p.pinang dpt ditawan org melayu jd ketua menteri...bukan bg kat sepupu kit siang..ha..ha..jgn cakap dlm selimut ja
Post a Comment