PENDEDAHAN.. PANAS. PANAS.
SBB MUSABAB KENAPA T.S.K.I PERLU DIJATUHKAN.
SBB MUSABAB KENAPA T.S.K.I PERLU DIJATUHKAN.
Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172
ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu
yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada
Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20
tahun.
Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014,
Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72
ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa
itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB
hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid
mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar
RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.
Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ?
Siapa pemilik Tropicana?
Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny
Tan. Adik Vincent Tan... pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir.
SOALAN:
Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap..
Semasa
tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah
membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang
menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.
Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.
Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.
Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya
Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk
menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam
mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang
cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Huh!! PKR...DAP...jadi kroni Vincent Tan?
Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi P.R.U-13.
Paling menarik.. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk
menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau
setuju. akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.
Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?
Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang
menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang.. diantaranya, GDV Bayan
Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan
memperolehi tanah dengan harga murah.. RM240 sekaki persegi dan hanya
dibayar dalam tempoh 5 tahun).
Vincent Tan juga ada projek
membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga
terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai
berbilion ringgit.
Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ke ?
Bullshit la.. Bila kita bising sikit.. kita dilabel macai UMNO. Tapi
pemimpin diatas berpeluk sakan dengan UMNO. Adakah ini saja yang
dilakukan oleh UMNO, PAS, PKR dan DAP ?
Cuba cari balik cerita
macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol
dengan UMNO, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan.
Di Kelantan ? Syhhhhhh !!!
Mat Saman Kati
1 orang berkata:
Sokong tok guru...
Post a Comment