Kemerdekaan sebenar adalah kebebasan hati, jiwa
SHAH ALAM – Asas kemerdekaan mestilah berteraskan islah atau reformasi
yang bermula daripada kepimpinan yang amanah, telus dan efektif serta
memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat harus dibebaskan dan dimerdekakan dari tekanan kehidupan lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi rakyat.
“Tekad kami adalah untuk membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan dengan asas hak-hak rakyat bernegara yang dilindungi oleh Perlembagaan.
“Dengan itu, kita dapat membina nilai moral yang tinggi dan akhlak mulia. Kita mahukan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari gejala rasuah, pembaziran dan kecuaian,” katanya dalam perutusan sempena sambutan hari merdeka, hari ini.
Menurut Wan Azizah, rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka dan bebas sepenuhnya dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni dan saling menghormati antara agama dan bangsa.
“Kita menyambut 31 Ogos sebagai tanda penghargaan kita terhadap harga sebuah kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sejak tahun 1957. 57 tahun lalu, pemimpin-pemimpin negara kita membawa tanah air yang tercinta ini, keluar dari belenggu penjajahan British.
“Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa, kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini supaya berusaha bersama-sama untuk membawa negara ke landasan yang betul dan memelihara maruah serta kedaulatan negara.

3 orang berkata:
Ada 2 landasan ja ...kona ja sesat..iaitu alquran dan sunnah..jd sape2 teringin jd pemimpin pilih la 2 landasan ni..
Cakap saja x mau...mesti buat baru rakyat Selamat..
ko suh laki ko nuar tu bebaskan pas tu kakwan...dorang sendiri blum merdeka kena rantai leher ngan laki ko@dapi tapi dorang nak ajar org apa itu merdeka..yo2 o ja haha..
Salam
kritikan dan petikan ulasan atau artikel dalam blog tuan sejak isu mb selangor tercetus dan nampak macam blog2 pencacai umno aje atau pakaramu dah beralih arah ke skg ni.
ingatlah saudara sekelian isu pertukaran mb selangor adalah merupakan satu strategi politik jangka panjang saudara anwar utk keutuhan pr dan kesinambungan kuasa politik pkr jika beliau di penjarajan sekali lg. Ingatkah apa yg tjadi pada nasib pkr pada pru 11. 1 kerusi parlimen aje yv tinggal dan kerusi pas pun juga merosot dan kelantan hampir2 jatuh pada tgn bn. Takdir Allah swt lah yg mengerakkan kerjasama politik bagi 3 parti terbesar pembangkang.
Ingatlah dakwah pas kepada non muslim memerlukan kuasa utk mencapai matlamat perjuangan. Sikap flip flop yg diamalkan pad skg ni boleh menghakis kepercayaan para pengundi yg telah memberi undi pada pru2 yg lepas.
Wassalam
Post a Comment