Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah
(Oleh Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu
sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar.
calon Menteri Besar.
Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk
menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun
Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.
Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.
Malah
kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP
untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.
“Dalam semangat Pakatan Rakyat, ini adalah kerusi KEADILAN dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos.
“Dalam pilihan raya umum lalu, pendekatan yang sama diambil apabila
Sultan meminta empat nama, namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Jadi, KEADILAN berhak untuk dihormati sebagaimana KEADILAN tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan,” kata Anwar di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Mengulas tentang seorang lagi nama calon Menteri Besar yang
dicadangkan PAS, Anwar berkata, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed
Azmin Ali sudahpun membuat kenyataan untuk turut bersetuju dengan keputusan
parti yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi
jawatan itu.
jawatan itu.
“Kita sedar ada perbezaan pendapat antara dua nama dengan satu nama
dan juga tentan mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain. “Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati
keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani
kenyataan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah,” ujar Anwar.
Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lalu mengumumkan Wan Azizah
sebagai calon tunggal untuk menggantikan Abdul Khalid yang dipecat
daripada KEADILAN pada 9 Ogos kerana enggan meletakkan jawatan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62738
2 orang berkata:
Sultan tidak minta nama calon daripada pakatan. Sultan minta nama calon drp.setiap parti. Pas ,dap dan pkr
.tidal timbul isu pakatan. Pr bukan sebuah entiti yang berdaftar
Jadi tak ada nilai dari segi undang undang. Sebab itu spr tiddk pernah iktirag pr.
Boleh aziz bari sahkan yh.pr ini halal dari segi undang undang
Anwar tetap keras kepala dgn caranya, jgn salahkan pas berkeras dgn cara pas..jgn salahkan org lain
Post a Comment