Apabila PAS membuat penafian keluar daripada PR, berhubung dengan sebaran surat yang menggunakan kepala surat resmi PAS, ini bererti kerja orang dalam, ertinya didalam PAS ada orang munafik (musuh didalam selimut)
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana sebagai sebuah parti yang berjuang atas dasar agama tidak boleh ada kumpulan yang menyusahkan pimpinan dan ahli jama'ah yang lain
Didalam PAS ada agen UMNO dan ada pula agen PKR, mereka bekerja untuk tujuan melaksanakan agenda parti yang berkaitan kerana ada kepentingan politik dan kuasa yang dirancang
PAS tidak boleh membiarkan golongan munafik ini terus berada didalam jama'ahnya kerana ia meletihkan para pemimpin untuk menjawab kerenah yang terancang oleh golongan ini terhadap ahli dan masyarakat, yang akhirnya akan meruntuhkan maruah parti itu sendiri
Saya yakin jika setiap ahli dilatih untuk memahami dasar perjuangan pati itu sebagai asas perjuangannya maka ia mungkin tidak berlaku seperti mana yang berlaku sekarang. Adalah tidak menesabah bagi setiap ahli dan pemimpin tidak memahami dasar perjuangan parti yang mereka sertai sehingga berlaku buruk laku mereka terhadap parti dan pimpinannya- Pak Karamu
Pas nafi tarik diri daripada PR
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menafikan telah mengeluarkan sepucuk surat
rasmi kononnya parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kata Naib
Presidennya, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, surat layang itu, yang menggunakan kepala surat rasmi Pas, dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, adalah permainan jahat pihak tertentu untuk terus memecahbelahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.
"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian Pas sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.
"Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun Pakatan Rakyat sendiri.
Surat palsu itu, bertarikh 1 Ogos 2014, mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.
Selain meminta kesemua anggota parti menghormati keputusan itu, surat itu turut menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam memperjuangkan agenda Negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata, surat itu dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu ekoran hubungan yang agak dingin antara kedua-dua parti itu, berpunca daripada krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
"Saya rasa memang yang penting bagi mereka yang ingin melihat perpecahan itu, mereka akan cuba untuk melihat Pas sebagai puncanya...permainan itu saya cukup faham," katanya.
Media sebelum ini melaporkan terdapat sebilangan pemimpin kanan Pas, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menganggap keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak wajar.
Hubungan dingin parti dalam Pakatan Rakyat turut diburukkan lagi dengan penyebaran sedutan perbualan kontroversi dalam kumpulan Whatsapps di kalangan anggota Jawatankuasa Pas Pusat apabila Dr Mohd Zuhdi Marzuki didakwa telah membentangkan senario sekiranya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. - Bernama

5 orang berkata:
ko tuduh umno pula, babi betul la
Sapo lagi yg buat, mungkin ahli pas yg berfahaman umno
Kalau nak tahu umno lah melondeh pakaian islam.. Berlakon mengalah holywood,nak ambil perihatin rakyat dlm bina masjid banyak2,derma anak yatim,bantu skolah tahfiz dalam masa sama jalinan itim dengan Amerika abang kepada israel di mana anak beranak mereka sedang membunuh dan menghancurkan islam keseluruhannya,kita berdoa semoga ALLAH SWT melaknat mereka2 ini.baik abang,adik dan sepupu atau kawan..Amin...
Kita kalau boleh xmau bermusuh dengan sapa2 didalam dan diluar negar,tetapi atas sifat kekejaman,ketidakadilan dn penindasan kita patut berhak bersuara untuk keamanan sedunia serantau. Berdoa agar semua dalam aman dan damai didunia ini.amin
Nabi saw pernah bersabda-
"Barangsiapa dikalangan islam yang tidak mengambil tahu hal tentangnya dia bukan dikalangan umatku.." merujuk kepada hal Gaza dan islam dunia.
Post a Comment