Pas hanya pinjamkan PKR kerusi Pengkalan Kubor
GUA MUSANG - Walaupun kerusi Dun Pengkalan Kubor ditandingi Parti
Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya Pas berhasrat untuk
bertanding kerusi Dun itu pada PRK kerana yakin mampu mencapai
kemenangan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerusi itu yang diberi kepada PKR pada PRU13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan Pas boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.
"Kerusi itu memang milik Pas sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di sini, hari ini.
Turut hadir Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata hasrat Pas itu akan dibincangkan dengan PKR.
"Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya.
Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.
Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama

4 orang berkata:
ko dah beri kat PKR... sampai mampus pun dorang tetap akan claim tu kerusi dorang punya. takkan ler ko tak tahu fiil PKR.. puak PKR ni bukannya tahu makna pinjam. tapi kalu PKR punya kerusi... segala sejarah tok-nenek dibuka. PKR ni.. hak orang hak aku.. hak aku korang jgn ganggu... ha ha ha
Memang camtu pkr ni parti kona rakyat. PAS ambil balik...x pyh layan puak pkr ni bukan mengenang budi.
PKR sudah mula dibenci oleh rakan sendiri. Ubahlah sikap dan jgn terlampau angkuh & sombong. Baru diberi pegang satu negeri,payung negeri pun dah tak dipedulikan.
Sebab utama pkr itu adalah serpihan umno yang dah x boleh pakai
Post a Comment