Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUT LE DAP&PKR TAKUT DENGAN BAYANG SENDIRI

Sabtu, 30 Ogos 2014

Abdul Khalid tolak kerjasama Umno@BN untuk kekal kerusi MB

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSHAH ALAM, 30 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membuat rundingan kerjasama dengan Umno bagi membantu beliau mengekalkan kedudukan sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Menurut sumber yang memetik laporan Malay Mail, difahamkan Umno sebelum ini menjemput Abdul Khalid untuk menyertai mereka pada kemuncak krisis panjang kerusi jawatan itu sebulan lalu.

“Itu bukan cara beliau,” kata seorang pegawai dari pejabat Abdul Khalid.

Sumber yang rapat dengan Abdul Khalid turut memaklumkan Umno memerlukan Abdul Khalid kerana kepakaran beliau dalam dunia korporat sebagai bekas Pegawai Eksekutif Guthrie Bhd.

Abdul Khalid sebelum ini dipecat dari PKR dan akhirnya mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa lalu.

Malay Mail difahamkan bahawa Umno menawarkan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan bekerjasama dengan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Selangor bagaimanapun tidak mahu mengulas perkara itu.

Satu sumber yang rapat dengan Abdul Khalid juga menyifatkan beliau seorang yang tegas dan berusaha menjalankan pentadbirannya yang bersih. 
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dalam sistem demokrasi di malaysia,suara majoriti yang berhak memerintah.dan untok mengubah sesuatu fassl dalam perlembagaan memerlukan suara 2/3.
Nah..sekarang ALLAH S.W.T Telah menganugerahkan peluang itu kepada selangor. Dengan kerusi pas 15, umno 12 dan pkr melayu 10 , bukan kah kerusi melayu sudah berjumlah 37? Bukankah ini sudah melepasi 2/3?
Kenapakah sukar sangat untok pemimpin melayu ini melupakan sekejap ego masing masinh? Kenapakaj pwmimpin melayu ini lupa sekejap keinginan terhadap jawatan?
Mengapa lah peluang yang di anugerah ALLAH SWT tidak dimenafaatkan sebaik mungkin untok islam?
Janganlah bermegah sangat,konon atas nama perjuangan kita kita mendapat sokongan bukan melayu. Sokongan mereka akan ditarik balik bila menfapat peluanh seperti ini nanti. MENAFAATKAN PELUANG INI KETIKA DIBERIKAN OLEH ALLAH. JANGAN SAMPAI,BILA TARIK BALIK,BARU NAK MENYESAL.

Anonymous said...

BN x leh org ikut kehendaknya...kalau nak daulat melayu BN ikut kehendak pas &.pkr. sedia maklum bn.berbuat demikian utk kekal berkuasa..akhirnya x da perubahan juga. PAS menentang BN bukan krn bn tu Najib@ Muhyidin @ sesiapa..yg ditentang itu dasar perjuangan. Buat dulu ,tunjuk bukti dulu bhw umno perjuangkan bangsa melayu dan syariat islam...baru pas boleh ikut.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.