Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah


Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY


PAS tetap mahu kemuka dua nama

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.
-mk



PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

PKR enolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Jika diteliti hujjah-hujjah di dalam laporan-laporan di atas, harapan untuk Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah cerah.

Ini adalah kerana sekalipun PAS akan menghantar lebih 1 nama selain nama Dr. Wan Azizah, namun Sultan terikat untuk memilih nama yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


Fasal 53(2)(a) memperuntukkan bahawa Sultan perlulah melantik seorang ahli Dewan yang pada hematnya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Menurut pandangan seorang peguam, apa saja budibicara Tuanku Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar tidak boleh melanggar Fasal 53(2)(a) kerana seseorang Menteri Besar mesti mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Cuma sekarang ini PR berpecah. PKR & DAP hantar 1 nama, PAS hantar banyak nama. Dalam keadaaan apa pun, "nama" itu perlulah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Yang jelas sekarang ini, yang dah dapat sokongan majoriti ahli dewan ialah 1 nama saja iaitu.... (anda tahu sendiri).

Yang penting majoriti ahli dewan menyokongnya. Sekalipun PAS ada menghantar nama orang lain sebagai MB Selangor selain Wan Azizah, ia tetap dari PKR. Dan ADUN-ADUN PKR seperti Azmin dan nama ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad misalnya, namun kedua-dua ADUN berkenaan telah terikat dengan Akuan Bersumpah untuk menyokong Presiden mereka, Dr. Wan Azizah sebagai MB. Soal samada Sultan Selangor berkenan atau tidak terhadap nama berkenaan tidak timbul.

Desas-desus menyatakan Sultan Sulangor tidak berkenan dengan Wan Azizah sebagai MB itu juga tidak benar. Ia hanya propaganda pihak tertentu. TS Khalid Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa Istana tidak menolak pencalonan Wan Azizah. Cuba lihat video ini:










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



8 orang berkata:

Anonymous said...

Pemimpin PAS berserban besau memang bijak berpolitik. Mereka ini politikus yang jahat bernafsu syaitan, lain dibibir lain pulak dihati. Pemimpin atau yang berserban besar memang berbelit-belit mcm serban jugak. Bila bersyarah guna ayat power tapi bila dia dim inta praktikkan apa yang dicakap dia buka ayat power yang lain pulak untuk menidakkan dia berbuat demikian.
Mereka memang berhajat kepada jawatan MB tapi malu mau cakap terus terang oleh itu mereka putar putar macam roda basikal hingga tercapai impian mereka.
Rakyat sudah muak dengan pemimpin PAS. Selaagi ada serban besar PAS boleh say goodbye to Selangor and semua negeri2 disemenanjung. Kelate pun mereka akan kalah teruk dan akan hilang kerajaan Kelate. Sayonara.

Anonymous said...

Pemimpin pkr adalah dari gene yang sama dengan umno.tetapi setelah melalui proses mutation,mereka jadi lebih ganas dan rakus drp.umno.
Demi kegilaan kuasa ,sanggop lakukan apa sahaj. Derhaka kpd.raja dan mwngkhianati bangsa.
Rancangan 16 sept.yang gagal satu contoh pengkhainatan kpd
bangsa. Cuba menumbang kerajaan dengan bantuan ahli parlimen dari borneo yg.tak bersunat. Dan tentunya kalau rancangan itu berjaya,suara majoriti dlm. Kerajaan adalah suara bukan melayu. Ini pengkhianatan kpd.bangsa.
Kpd.agama.
Anwar juga berjanji akan melantik baru bian sebagai km serawak. Ketua menteri islam nak di tukar kpd.ketua menteri kristian. Ini satu pengkhiantan kpd.agama.
Khianat kawan.
Pernah jumpa najib untok membentul KN. Senyap senyap dia pergi tanpa berbincang degan rakan pr.tapi gagal kerna permintaanya terlalu sukar untok najib pwnuhi.
Apa yang diminta ya?
Jawatan tpm?
Wan azizah dilantik senator dan mwnteri nurul tim.menteri?
Kalau tidak napa susah sgt.najib nak terima?

Anonymous said...

Istighfar banyak2. Jgn menghina org kalau kita tak faham. Tak baik.

Anonymous said...

Tok lebai yg.berserban inilah yang telah mengankat anwar dari tong najis,setelah dihumban oleh mahathir.
Dimandi,di clorox dan dimandi limau.ketika itu mereka yg.mengelar diri mereka profesional masih menjilat jubor mahathir.
setelah pkr berjaya merampas selangor,bari berduyun nak jilat anwar pula. Nak ratah kekayaan selangor.
Kini pas menjadi mangsa cacian dan hinaan
Malang sunggoh bagi pas.melepas anjing tersepit.akhirnya kakinya yang kena gigit.

Anonymous said...

Kalau aku sultan tau lah aku nak ngajau kepala bana degil ni.

Anonymous said...

Penulis ni memang umno dulu kini dan selamanya lebih baik ulas umno sajalah

Anonymous said...

Kslu x reti lebih baik duk diam sebab bila bcakap maka nampaklah krbodohannya

Anonymous said...

Ingatlah manusia yg paling kecewa krn dun slangor tak terbubar & pas masih dlm pakatan...siapa paling kecewa ialah bani umno...menangis hingga meleleh air hidung. Pas ada hak dia dlm pakatan, pkr buatlah terbaik demi menjaga ukhuwah dlm pakatan, dap harap hormati kepentingan islam & bangsa melayu. Biar bani umno menangis...jgn biarkan mereka ketawa

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.