Pengganti Khalid perlu lebih baik
- Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM – Siapa pun Menteri Besar Selangor baharu yang dilantik
selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim haruslah yang lebih baik dalam
segenap pengurusan pentadbiran negeri.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia bagi memastikan kekurangan pengurusan pentadbiran dahulu mampu diselesaikan oleh ketua negeri baharu.
“Kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dulu dari segi pengurusan kerajaan tempatan, pembangunan perumahan negeri dan apa-apa sahaja masalah rakyat mesti mampu diselesaikan oleh menteri besar,” katanya.
Beliau berkata, projek yang terikat secara sah semasa pentadbiran Abdul Khalid mestilah diteruskan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.
Jelasnya, sekiranya perjanjian yang sah di sisi undang-undang dibatalkan maka ada kos ganti rugi yang perlu ditanggung.
“Kalau ia projek atas dasar yang tidak terikat, ia boleh diteruskan ataupun dilupakan,” katanya.
Bagaimanapun, ia bergantung pada siapa pun menteri besar selepas ini yang mungkin mengambil keputusan nekad tentang beberapa perkara meskipun terpaksa berdepan urusan undang-undang.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, menteri besar baharu mungkin akan meneruskan projek-projek yang tidak boleh dipinda namun akan memperkenalkan dasar baharu.
“Menteri besar itu akan memperkenalkan dasar baharu sebagai legasi pentadbiran beliau, "katanya.

3 orang berkata:
buat korang yg dh lupa meh kita sama2 ingat..korang heran x tiba2 pas patuh taat kat sultan..dulu kat perak bukan dorang yg baring2 tgh jalan sbb nizar dah x jadi mb..beriye2 bukan main sampai buat parlimen bawah pokok bagai?padahal sultan dah mengesahkan kerejekannya..korang lupa ke??aku dh pesan kat korang sebagai sedara semuslim,korang kalo ye pun kecanduan politik jgn la sampai taksub..semua parti sama..kalo korang x caya sekarang aku harap 1 hari korang akan nampak..korqng xkan wat2 lupa kot hal ni?betul la korang ni hehe
Aku dh nampak dh macai2 cacing umno sudah mula operasi...manyak dingki oh.
aku yg x mengundi ni nampak dua macai 1 macai umno 1 macai pas hehe..sama2 macai2 sama kena tipu..
Post a Comment