Shahbudin Husin : Hadi Awang Bakal Buat Pusingan U?
Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 10 Ogos ini tentunya paling
menjadi perhatian. Ini kerana ia akan menentukan sama ada Pas menyokong
atau menentang hasrat PKR menukar Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah
Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Beberapa hari sebelum ini, Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan peribadinya agar Khalid terus dikekalkan atas alasan tiada apa-apa pengkhianatan terhadap rakyat yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu sepanjang lebih enam tahun perkhidmatannya.
Bagaimanapun kenyataan itu telah menimbulkan kekecohan dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR sendiri. Di dalam Pas, jelas terlihat pertembungan antara golongan ulama yang menyokong kenyataan Haji Hadi itu dengan golongan profesional yang juga kerap disebut sebagai kumpulan Anwarinas yang tetap mahu Khalid digantikan dan menyifatkan kenyataan Haji Hadi itu hanyalah pendapat peribadi saja.
Di dalam PR pula, PKR dan DAP yang sudah lama tidak senang dengan Khalid kerana kepimpinan ala korporat dan menidakkan muafakat yang diamalkan sejak kebelakangan ini serta mahu Dr Wan Azizah segera mengambil alih sebagai ketua kerajaan negeri Selangor, bagaikan tidak percaya dengan kenyataan Haji Hadi itu dan mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.
Ekoran itu, terbocor pula tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang bukan saja menyokong kenyataan Haji Hadi, malah membayangkan akan wujudnya kerajaan negeri yang baru di Selangor melalui kerjasama antara Pas, UMNO dan Khalid.
Tulisan itu yang disertai dengan komen bersifat perkauman dan anti gereja telah menyemarakkan lagi perbalahan dalam Pas dan juga PR. Tuduh-menuduh dan saling berbalas kenyataan kian panas sehingga bukan saja Dr Zuhdi yang menjadi kecaman, malah Pas juga dianggap bukan lagi rakan yang betul-betul baik dalam PR.
Meskipun Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kemelut ini tidak akan memecah-belahkan PR, hakikatnya syak wasangka dan saling mencurigai sudah mula bercambah dalam rakan-rakan gabungan PR sekarang ini. Pas yang selama ini diketahui memperjuangkah Islam dan sering melaungkan "Islam For All" rupa-rupanya turut mempunyai benih perkauman dan anti agama lain di dalamnya.

0 orang berkata:
Post a Comment