Rafizi akan disiasat bawah Akta Hasutan esok, 27 Ogos
(Oleh Fiza Abd Halim)
KUALA LUMPUR 26 OGOS: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan
disiasat di bawah Akta Hasutan esok, 27 Ogos berhubung isu Selangor.
Beliau diminta memberi keterangan pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Perkara itu disahkan Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Menurut Latheefa, siasatan terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden
KEADILAN itu adalah berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia.
Laporan tersebut bertajuk ‘Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?’.
“Beliau akan disiasat berhubung temubualnya mengenai isu Selangor,
dan selepas ini berkemungkinan besar Rafizi akan didakwa di bawah Akta
Hasutan.
“Bukan Rafizi sahaja, malah hari ini Khalid Samad juga didakwa di bawah akta yang sama.
“Sebelum ini N Surendran turut dikenakan pendakwaan serupa. Di sini
kita nampak dengan jelas bahawa Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib
Razak sangat aktif menggunakan akta ini terhadap pemimpin Pakatan
Rakyat,” kata Latheefa ketika dihubungi.
Rafizi akan ditemani peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62718
1 orang berkata:
Apa nak takut.kalau cukop bukti,apa yang dikatakan,lawan sahaja.jangan jangan,apa yg.diucapkan,hsnya sampah dari longkang.
Post a Comment