Hina Sultan: Naib Pengerusi PKR Johor diikat jamin
- Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim (tengah) menunjukkan surat jaminan polis selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
SHAH ALAM - Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke
Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina
sultan.
Beliau yang hadir kira-kira jam 2.30 petang tadi diambil keterangan hampir sejam dan disoal siasat berkenaan kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.
"Pada akhir ketika memberi keterangan itu, pegawai penyiasat ada bertanya kepada saya adakah mengaku bersalah.
"Saya hanya menjawab ringkas, tidak dan saya menggunakan hak saya untuk mendiamkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.
Hadir sama menemani Hassan ialah peguamnya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan beberapa penyokong beliau.
Hassan dipanggil ke IPD Shah Alam hari ini berhubung siasatan ke atas beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitternya yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Antara kenyataan beliau itu berbunyi,"Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram".
Ketika ini, Hassan masih tidak didakwa atau ditahan pihak polis sehingga satu waran tangkap dikeluarkan.
Peguamnya, Mohd Radzlan memberitahu anak guamnya berkemungkinan akan dikenakan waran tangkap namun diberikan jaminan polis.
"Saya tengah menunggu proses untuk jaminan polis, kehadiran anak guam saya untuk memberi keterangan sebagai orang yang disyaki
"Sama ada dakwa atau tidak, itu tidak pasti," ujarnya lagi.

4 orang berkata:
Yg engkau marahkan sultan apa faedahnya...slangor bukan bapak kau punya. Puak pkr ni dah smakin gila kot. Allah dh buka dah perangai gila mereka didunia sebelum mereka gila diakhirat.
Puak PKR bukan semakin gila. Tapi itulah tanda tanda saat kematian dah hampir tiba.
Bulan november anwar akan bertapa di kajang atau sungai buloh. Tiada lagi manusia nak sumbang kewangan. Spesis yg.sama dengan umno ni tiada fulus tiada gerak. Nak ratah duit selangor yang 3 billion tu? Sorry. Mb yang baru tak akan biarkan.( of cos.bukan wawi)
KN dah tak menjadi sebab majib dah nampak bayangan maut pkr. Najib tak akan melepas anjing yg.tersepit. najib dah lihat bagaimana kaki pas digigit setelah pas melepasnya dari tersepit apabila di humban oleh mahathir
Jika tidak lerana ihsan pas dengan izin Allah dah penuh kurap sekarang.
Woi jgn ngata anwar oi.dia. tu mak Som.kih.kih.kih.kih.bapak ug pkr nie jgn dicela oi.kih.kih.kih.lobang jahat bang nuar dah pecah oi.
awat yg bangang sangat mamat ni sampai nak libatkan sultan....hang org melayu bro....hormat sikit sultan....
Post a Comment