Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEOLAH-OLAH NAK LAWAN SULTAN ?

ADAKAH PAS AKAN TERSEPIT DENGAN PERMINTAAN DAP DAN PKR  DENGAN PEHAK ISTANA ?  ADAKAH INI MENUNJUKKAN SIKAP BIJAKSANA ? JIKA MENURUT ISLAM SIDDIQ, AMANAH TABLIGH MEMANG PERMAINAN DI LIDAH, AKAN TETAPI FATHONAHNYA LANGSUNG TIDAK ADA,  NAMPAKNYA FATHONAH SUDAH BERTUKAR GELOJOH DAN RAKUS. 

SEHINGGA INI KITA TIDAK TAHU APAKAH RAHSIA NAKKAN AZIZAH JUGA MENJADI CALON SOLO MB SELANGOR, ADAKAH KERANA DIA SEORANG PRESIDEN PARTI ? JIKA DEMIKIAN SEMASA KHALID IBRAHIM DULU MENGAPA TIDAK CALONKAN JAWATAN PRESIDEN UNTUK JAWATAN MB ITU ? ANDAINYA NANTI ISTANA HENDAKKAN NAMA-NAMA LAIN JUGA BAGAIMANA ? 

 TIDAKKAH DENGAN SIKAP YANG KITA TUNJUKKAN ITU MENAMPAKKAN KITA TERLALU DEGIL DENGAN ARAHAN ISTANA ? BUKANKAH LEBIH BAIK KITA TUNJUKKAN SIKAP SABAR DAN BIJAKSANA ? BUKANKAH LEBIH BAIK KITA TIDAK BERSIKAP MEMAKSA PAS DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN. RAKYAT SUDAHPUN NAMPAK SIKAP RAKUS, MEMAKSA DAN MENGIKUT TELUNJUK YANG DIPERMAINKAN DIDALAM ARENA POLITIK PR ?

PKR&DAP PERLU FAHAM, PERLANTIKAN MB PADA 013 TIDAK SAMA SEKALI SAMA DENGAN SUASANA PERLANTIKAN SEKARANG, KERANA PERLANTIKAN SEKARANG SULTAN SUDAH MAKLUM ADA PERGESERAN DIDALAM POLITIK DALAMAN PKR, SEHINGGAKAN BERLAKU PEMECATAN AHLI PKR YANG SEDANG BERTUGAS SEBAGAI MB SELANGOR YANG DITAULIAHKAN OLEH SULTAN

 MUNGKIN SULTAN TELAH MAKLUM APA YANG SEDANG BERLAKU DIDALAM PENTADBIRAN PR DI SELANGOR, JADI TIDAKKAH WAJAR SULTAN MEMBUAT PILIHAN CALON MB SELANGOR BERDASARKAN HASRAT BAGINDA UNTUK MEMILIH CALON MB DENGAN MENGARAHKAN LEBIH DARI 2 ORANG NAMA  ADUN DARI TGA CABANG PARTI DIDALAM PR ? - Pak Karamu

 

Rabu, 27 Ogos 2014

Anwar pertahan 1 nama calon MB, minta PAS ambil pendirian sama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama saja untuk dilantik menjadi menteri besar Selangor dan berharap PAS juga akan berbuat demikian. 
 
"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Anwar berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR dan DAP semalam yang tetap mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.
 
Anwar berkata, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta 4 nama namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar berkata, PKR berhak untuk dihormati sebagaimana PKR tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Antara anwar dan sultan,sispa ysng pas akan dethaka.?
Derhaka kpd. Sultan dan terus terpalit dengan taik yang dibuat oleh anwar?
Atau sanggop terjum lubang yang digali sendiri oleh anwar,bersama pkr?
Derhaka kepada anwar dan taat perintah sultan tak rugi apa apa. Paling terok pun Pas akan dilabel sebagai mwngkhianati janji Pakatan.
Dalam politik mana ada istilah ' setiakawan'?
Bersetiakawankah anwar bila dalam diam bertemu najib untok kerajaan konsensus? Tapi tak menjadi
Mengapa? Mungkin terlalu sukat untok najib penuhi permintaan anwar.
Kalau pas berdegil juga mwngikut twlunjok anwar sudah pasti dun akan dibubarkan. Adakah rakyat melayu selangor akan memberi undi kpd. Patti penderhaka?
Pengundi cina memang suka.diakhir hari.DAP akan kekal dengan 15 kerusi.
Selebihnya Umno yang dapat. Adakah .
Adakah dap akan sekesa dgn. Umno nemerintah dan cina jadi pembangkang? Tidak. Dua atau adun nya nanti diarah lompat kpd. Mca. So adun cina akan brrada dalam kerajaan. Dap atau cina tak rugi kan.
Ingat apa berlaku diperak.? Tidakkaj berlaku permainan politik dap?
Akhirnya siapa yang tertipu.PAS.
PKR?memang patut.sebab mereka sendiri jatuh kefalam lubang yg.mereka gali sendiri.
so.tak perlulah pas turut terjum dalam lubang itu. Berkawan ada batasnya. Tak kan kawan pergi nencuri.kita kena ikut. Dah tau nencuri itu dosa.

Anonymous said...

Kalau pas tinggalkan pakatan BN ketawa...nak bergabung dgn UMNO pas akan rosak...sebenarnya BN amat2 mengharapkan perpecahan ini berlaku...sekiranya berlaku PRN bn amat mengharapkan. Jln terbaik pkr buka mata luas2 fikir secara rasional dan jgn bertindak mcm umno.

Anonymous said...

Pas patuhlah arahan istana. Sebagai tidak melanggar perjanjian setiakawan dlm PR calonkan satu lagi tambahan nama juga calon dari PKR menjadi 3 nama. Bermakna PAS tidak khianati sesiapa dan dlm masa yg sama tidak derhaka terhadap Sultan.
Jgn peduli pada paksaan PKR. Apa juga masalah yg timbul nanti PKR tetap berlagak cuci tangan dan PAS juga yg bakal dikambinghitamkan. Ambillah pendekatan yg bermarwah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.