Apa yang tersirat di sebalik kenyataan Rafizi?
PADA 17hb Ogos yang lalu, Pas membuat keputusan untuk
mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti kepada
Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
Beberapa jam selepas itu di mesyuarat Pakatan Rakyat, PKR dengan bijaknya menyatakan bahawa Azmin akur dengan keputusan parti, maka meskipun Pas mencalonkan dua, tapi oleh kerana Azmin akur dengan keputusan PKR, maka hanya nama Wan Azizah sahaja yang tinggal. Itulah yang menjadi keputusan bersama Pakatan Rakyat.
Yang menarik semalam ialah tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan meminta semua Adun PKR Selangor supaya membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Mengapa perlu membuat ‘permintaan’ sedemikian, sedangkan semua Adun PKR telahpun menandatangani surat akaun bersumpah untuk menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar?
Apakah PKR terbau ada Adun PKR yang tidak mahu akur pada surat akaun bersumpah tersebut sekiranya namanya diangkat sebagai calon Menteri Besar?
Jika betul PKR yakin dengan surat akuan bersumpah yang ditandatangani Adun PKR, maka PKR sebenarnya tidak perlu takut jika ada lebih nama dihantar ke istana Selangor kerana apa yang berlaku pada 17hb Ogos 2014 boleh diulang semula.
Andaikan Adun PKR lain (selain Wan Azizah) mendapat perkenan Sultan untuk diangkat sebagai Menteri Besar, PKR boleh menyatakan bahawa Adun PKR ini tidak akan menerima jawatan tersebut kerana sudah menandatangani surat akuan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah - seperti apa yang berlaku pada Azmin yang akur dengan keputusan PKR untuk tidak menerima pencalonan dari Pas di mesyuarat presiden Pakatan Rakyat pada 17hb Ogos yang lalu.
Tindakan ini sama sahaja tarafnya dengan keengganan PKR untuk memenuhi permintaan istana Selangor meminta lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan sebagai pengganti kepada Abdul Khalid.
Sebenarnya yang PKR dan Rafizi bimbang ialah ada Adun PKR yang sanggup menerima jawatan tersebut dan melanggar surat akuan bersumpah mereka. Ini adalah benda tersirat di dalam kenyataan Rafizi.
Oleh itu, desakan demi desakan dan tekanan demi tekanan dikenakan pada Pas untuk turut serta tidak menuruti permintaan istana sepertimana PKR dan DAP.
Tapi realitinya, apa yang Pas lakukan tidak penting. Lebih-lebih lagi apabila Pas telah berulangkali menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR. Malah, pada 17hb Ogos yang lalu Pas tetap menyenaraikan Wan Azizah sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Khalid.
Pas hanya berbeza pendapat dengan PKR dan DAP dari sudut memenuhi permintaan istana Selangor dengan menghantar lebih daripada satu nama calon.
Jika PKR berkeras inginkan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, mereka hanya perlu memastikan tiada ADUN PKR yang akan membelot surat akaun bersumpah yang ditandatangani mereka meskipun mereka dicalon atau dipilih sebagai calon Menteri Besar.
Barangkali, PKR bolehlah cuba menyuruh 12 Adunnya (selain Wan Azizah) untuk menandatangan satu lagi surat akaun bersumpah – kali ini bersumpah bahawa mereka akan menolak apa-apa pencalonan atau keputusan dari sesiapa sahaja untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor meskipun dipilih.
Namun, apakah semua Adun PKR akan tandatangan surat akaun bersumpah sedemikian kali ini?
Kalau PKR dapat memastikan semua Adunnya bersikap seperti Nik Nazmi yang menolak percalonan menjadi Menteri Besar Selangor, krisis di antara Pas, DAP dan PKR di Selangor boleh dikira selesai.
Yang belum selesai ialah persetujuan antara PKR dan istana – dan bab itu, Pas tidak mahu terlibat. Pas dah putuskan untuk menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor untuk memilih pengganti Abdul Khalid.
Agak nyata daripada kenyataan Rafizi bahawa majoriti masalah dalam krisis Menteri Besar Selangor ini masih berkisar pada dalaman PKR, dan bukannya Pas, sebagaimana yang cuba digambarkan mereka yang tidak setuju dengan tindakan parti itu untuk akur kepada permintaan istana untuk menghantar lebih nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
2 orang berkata:
Kalau ada yg sanggup terima jadi MB, pecat je lah... ha ha ha. mcm korang pecat TSKI. apa susah. Last sekali.. PKR Selangor tinggal jer la Wan Azizah ngan anak beranak kroni pencacai PKR. Gila jenis apa parti ni... Psychotic!! Dah ada tanda schizophrenia tu.
Malangnya aku tetap sokong pkr...walau apa pun terjadi..hu hu
Post a Comment