Sunday, August 3, 2014
Surat Terbuka buat Pimpinan Tertinggi dan Pendukung Pakatan Rakyat
(kira2nya.. Sebuah Surat Terbuka buat Pimpinan Tertinggi dan Pendukung Pakatan Rakyat)
Apa pun faktor2 sebab-punca rentetan "Kebrentakan Dalaman"
sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode"
yang berpotensi membawa kpd "Berakhirnya Koalisi-Muafakat Politik" ini,
Pimpinan Tertinggi mesti segera menangani serta mengelakkan kesudahan
Perpecahan ini.
Sangat malang sekiranya
Pakatan Rakyat berakhir di sini kerana umum mengetahui bahawa inilah
hanyasanya wadah yang menjadi harapan Rakyat untuk mampu menyemak-imbang
serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam
tadbir-urus negara serta PRU ke-14 akan datang.
Berpada-padalah Sdra2ku
bahkan sebaiknya "Segera Hentikan" dalam "Menyerang serta Menembak
Sesama Sendiri" kerana Sdra sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
Wajah2 Sdra di
dada-dada akhbar mereka di muka depan! Anih mengapa mereka memberi ruang
kepada Sdra..Ya..segera sedar dan insaflah....ruang diberi justeru
kerana Sdra menembak sesama sendiri...Malang!
Rakyat mengharapkan
Sdra sementara Sdra asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai
memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan
Kemaslahatan Rakyat dan Kepentingan negara! Itulah Persepsi Rakyat
kini.....mungkin Sdra tidak setuju....dan Sdra punya hujjah yang
kukuh....Ya..semua kita merasakan punya hujjah yang kukuh....
Ayuh Sdra2ku bangun dari Keasyikan dan "Perangkap Kitaran Ganas" yang memusnahkan ini.. dengan setiap orang kita berteriak "Cukup Lah Kehancuran Pakatan Rakyat ini"...("Enuf is Enuf of Destroying Pakatan Rakyat!).
Segerakan Majlis
Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk "Menghentikan Kemusnahan" ini
("Arrest the Self-Destruction")..tanpa semestinya menunggu melepasi 10
Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang ganas ini...
10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini!
Dikatakan hanya.. "Divine Intervention"
mampu untuk Menyelamatkan Pakatan Rakyat....Namun Sdra juga
tahu...AlLah tidak akan merubah nasib kita kecuali kita sendiri yang
mahu merubahnya...
Maka jadilah Sdra2
Pimpinan Tertinggi sendiri, pertama-tamanya.. sebahagian dari
"balatentera AlLah" yang bertindak menjadi "Anasir Penyelamat" dalam
kemelut ujian getir ini...Kalau benar-benar Sdra2 masih ingat
.."Tuntutan Kepimpinan" adalah pertama-tamanya ..."Menyatukan Hati2
Pejuang"... (Taalluf Al-Quluub) dan bukan sebaliknya memecah-belah
keutuhan kesepaduan organisasi...
Kalau tidak... Sejarah
akan menghukum Sdra2 Pimpinan sebagai yang Mengizinkan Pakatan Rakyat
Berpecah dan juga sekaligus ditanggapi.. Sdra2 Pimpinanlah yang
mencetuskan Kemelut dan Krisis kali ini! Sekali lagi ini adalah Persepsi
Rakyat....mungkin boleh saja kita nafikan..
Semoga-moga Rintihan dan
Syakawa (Pengaduan) yang dititipkan pada dinihari ini mendapat empati
dan respons positif Saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan
semua Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara.
Ya AlLah...Telah ku
lunaskan Tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi Muafakat Politik
ini..yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi" yang punya kemuliaannya di
sisiMu....bagi "Menegakkan Keadilan dan Membenteras Segala Kezaliman"
....Juzuk penting dari SyariatMu Ya AlLah!
AlLahu Musta'an....
wa AlLahu Maa Aqulu Wakil!
Dr Dzulkefly Ahmad
Pandangan Peribadi (mungkin ada yg mengecam saya kerana tidak mengikut saluran komunikasi), seorang AJK PAS Pusat dan Ahli Sekretariat Pakatan Rakyat.
5 Syawwal 1435H...1 Ogos 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment