Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Yang tersirat buraikan sikit-sikit. Ada lagi Adaaaa !

Kemelut MB Selangor & PKR, PAS Pula jadi Kambing Hitam


Aduh! mengapakah masih ada AJK PAS Pusat yang begitu bodoh menyebarkan perbincangan Whatsapp AJK PAS pusat ini hingga Dr. Zuhdi dan PAS dihentam teruk oleh pemimpin PKR dan DAP bersama penyokong2 mereka. Dan sangat bodoh pemimpin2 dan penyokong Pakatan yg menghamburkan makian kepada Dr. Zuhdi kerana Whatsapp ini...org yg ada otak akan bertanya dahulu kenapa pandangan itu dikemukakan.....dan apa Senario Analisis Kedua...ketiga dan seterusnya dari Dr. Zuhdi....bukankah yg diprint Screen hanya Senario Analisis Pertama? Biasalah klu penganalisis, mereka akan bagi beberapa analisa kajian dan selalunya dimulakan dengan analisis yang paling teruk sekali dan diikuti dengan pandangan analisa lain yang lebih konstruktif.....Memaki hamun dan salahkan Dr. Zuhdi tidak menyelesaikan kemelut masalah MB Selangor. Dan PKR begitu bijak mengambil peluang utk divert isu perlantikan Azizah sebagai MB dengan Isu ini.

Terus terang saya katakan...Masalah yang berlaku dlm Pakatan sekarang adalah berpunca dari PKR dan masalah dalaman PKR..saya kira begini rentetan senarionya:

1. Azmin gaduh Dengan Khalid Ibrahim

2. Adun Kajang Letak Jawatan dengan alasan bodoh! untuk bagi laluan pada Anwar bertanding dengan harapan boleh selesaikan masalah PKR Selangor jika Anwar jd MB. (Nampak kan, Anwar tidak mempercayai Azmin walaupun dia blh tukar Azmin jadi MB tanpa perlu Pilihanraya kecil)

3. Kajang Move gagal meletakan Anwar sebagai calon kerana kes Liwat di Mahkamah....maka terpaksalah Azizah yang pernah letak Jawatan jadi MP jadi penganti (Ya! PKR mmg suka main politik letak jawatan dan ganti dengan org yg Anwar suka).

4. Azizah menang...Rafizi pakar strategi PKR diperbodohkan, sedangkan dia org yg lebih layak bertanding dikerusi itu jika Anwar tdk blh jd calon. Tapi biasalah. Kene Yes bos!!!

5. Ketika baru nak belajar2 masuk DUN selangor sebagai wakil rakyat..Speaker Selangor, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan Azizah dengan alasan tdk ikut prosedur. Fuh! gini calon MB Selangor...prosedur hantar soalan kat Sidang Dun pun belum habis belajar lagi.

6. Akhir bulan Mac, Anwar bikin kecoh lagi apabila mengumumkan bertanding untuk lawan Isterinya Azizah bagi jawatan Presiden parti...ini pertama kali dalam Malaysia suami isteri berebut jawatan Presiden dalam parti Politik....dan tahun ini adalah musim pemilihan PKR yang paling panjang bagi sesebuah parti politik di negara ini. Sampai hari ini pun belum selesai walaupun dah banyak kerusi rosak kene baling.


7. Awal bulan Julai, ke semua Komponen Pakatan sudah menyatakan pendirian dan bersetuju jika MB Selangor ditukar. PAS boleh terima Azmin dan tolak wanita sebagai MB..DAP juga setuju dan semua pemimpin utama Pakatan bersetuju utk bincang dan buat keputusan selepas Hari Raya.

8. Pada 25 Julai, tanpa mengambil pandangan dari rakan Pakatan, Anwar terus panggil media dan Umum, Azizah sebagai MB Selangor. Ini sangat mengejutkan kerana Pakatan belum bermesyuarat dan keputusan hanya dibuat di peringkat PKR dimana Azmin dikatakan membantah melalui tweetnya yg berbunyi "orang gila kuasa sanggup lakukan apa sahaja, isteri sendiri pun dipergunakan untuk capai matlamat"...walaubagaimana pun tweet itu dipadamkan selepas itu akibat tekanan dalaman.

9. 23 Julai Anwar memanggil mesyuarat pimpinan Pakatan secara tergesa2 tanpa kehadiran Presiden PAS. Walaubagaimana pun, secara dasarnya wakil2 PAS dan DAP yg hadir bersetuju utk tukar MB, tetapi belum bersetuju Azizah dilantik jadi MB sehinggalah mesyuarat terperinci diadakan selepas Hari Raya seperti yang dipersetujui sebelumnya.

10. 25 Julai Presiden PAS buat kenyataan sokong TSKI kekal jadi MB dan tolak Azizah sbg MB. Walaupun Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS cuba katakan pandangan itu adalah pandangan peribadi Presiden, Namun Tok Guru Nik Aziz tampil membuat sokongan terbuka kepada Presiden dan diikuti oleh ramai pimpinan PAS yg lain.

11. AJK PAS Pusat mula membincangkan hal ini secara serius hingga meminta Dr. Zuhdi, utk membuat penyelidikan dan simulasi senario yang bersifat pro & kontra.

12. Whatsapp Dr. Zuhdi berkaitan Senario Analisis Pertama telah disebarkan oleh pemimpin jahanam dalam PAS dan mjadi viral dan fitnah besar kepada PAS hingga menyebabkan isu Azizah jadi MB senyap.....Rafizi dan Antony Loke yg dikatakan org bijak pandai dan pakar dlm analisis Politik skali lagi mjadi org bodoh dengan turut membuat kecaman tanpa btanya dan meminta penjelasan terlebih dahulu dr pihak PAS.

13. Semua media mula memberikan gambaran Pakatan akan berpecah walaupun Dr. Zuhdi telah membuat penjelasan.

So...takyah pening2, kita tunggu keputusan mesyuarat Pimpinan Pusat PAKATAN. PAS tidak gila kuasa...kerana TSKI dan Azmin tahu siapa sebenarnya yg gila kuasa!

Personaly...saya merasakan sudah sampai masanya Anwar bersara dari dunia Politik kerana terlalu banyak keputusan peribadi beliau yang merosakan hubungan pimpinan dan PKR dan dalam Pakatan serta memberikan ruang kepada Umno-BN menyerang Pakatan dari luar. Anwar kini adalah Liabiliti kepada Pakatan

2 orang berkata:

Anonymous said...

Klau dh x suka nuar tu..apa yg brlaku.salah nuar belaka..memang ada sedikit kelompok dlm pr yg x suka pd nuar..itu prkara biasa dlm mana2 organisasi..cuma ini peluang trbaik bg kelompok yg x suka nuar berkokok..apa pn ini suma ujian buat pr..klau lepas ujian dn rintangan ini, itu tandanya putrajaya insyaAllah dlm gengaman..

Anonymous said...

Penyokong2 pkr kena sedar diri ttg kemelut yg berlaku...pandai berak pandai la mengaku...jgn bila busuk dituduh pas pula. Sbnrnya org2 pkr kena ingat pkr hidup byk bergantung pd pas ja. Kwn kg2 ahli2 pkr x aktif langsung. Masa pru 13 pkr hanya tumpang pos2 pas ja. Gerakerja x da. Harap2 penyokong2 pkr ni kena blajar kenang budi dan sedar diri

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.