PULAU PINANG DEPA PUNYA ! HANGPUN SATU HAI JUGA, HANG NAK KOMEN LAIN KALI JANGAN LA TERBUKA SANGAT ! HANG ELOK JUMPA EMPAT MATA, JANGAN KOMEN IKUT SUKA HATI SAJA, HANG KAN TAU PERANGAI DEPA NI ! DENDAM SAMPAI HABIS !!! - Pak Karamu
Pemimpin perlu terima kritikan, jangan angkuh
GEORGETOWN - Pemimpin sepatutnya menerima dan mendengar setiap teguran
yang dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan bukannya melenting.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, setiap pemimpin yang baik juga perlu bersedia mendengar teguran dan menerima cadangan yang dibuat orang bawahannya demi kepentingan rakyat.
“Kita menegur dan memberi cadangan, bukannya untuk keburukkan, tetapi untuk kepentingan rakyat. Jika itu tidak boleh diterima, susahlah.
“Bagi saya, pemimpin yang baik boleh menerima kritikan dan cadangan, bukannya bersikap bongkak dan angkuh seperti ini. Saya kesal kerana saya diambil tindakan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Iszuree berkata demikian ketika mengulas tindakan yang dikenakan ke atasnya selepas berucap di Muktamar Pas di Johor baru-baru ini.
Beliau dikeluarkan dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP kerana didakwa menegur kepimpinan kerajaan negeri berhubung polisi perumahan di negeri ini dan membekukan semua peruntukan.
Menurutnya, apa yang diucapkannya dalam Muktamar Pas itu hanya cadangan bagi mengelakkan penduduk kampung di negeri ini ditindas oleh pemaju.
“Sebenarnya saya ulang semula apa yang terkandung dalam memorandum Pas negeri yang diserahkan sendiri Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Sabu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis berbuka puasa anjuran Pas negeri Julai lalu.
“Melihat tiada tindakan yang diambil, maka saya mengulanginya semula dalam ucapan saya. Itu menunjukkan, kenyataan itu bukannya datang dari saya, malah dari parti. Tujuan saya mengulanginya semula adalah kerana ingin membela nasib penduduk kampung yang masih belum selesainya antaranya Kampung Selut, Kampung Ceti dan Kampung Mutiara,” katanya.
Mengimbas kembali ucapannya, Iszuree berkata, apa yang diucapnya itu hanyalah cadangan berhubung polisi perumahan yang digunakan kerajaan negeri ini yang tidak memihak kepada penduduk.
“Saya hanya ulang cadangan yang terkandung dalam memorandum, iaitu menukar polisi perumahan yang digunapakai kerajaan terdahulu kepada polisi baru yang lebih berpihak kepada penduduk. Jika lihat kini, semua urusan penjualan tanah kampung diarahkan kerajaan negeri supaya ianya dibuat diantara pemaju dan penduduk.
“Jika kes dibawa ke mahkamah, ia akan membuatkan penduduk tertindas dengan tawaran pampasan yang tidak setimpal. Cadangan itu adalah menukarkan polisi dari diberi wang pampasan kepada rumah digantikan dengan rumah. Itu sahaja. Saya tidak kritik dasar perumahan seperti yang dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, cadangan itu juga meminta agar kerajaan negeri bertegas dalam meminta pemaju mengikut polisi perumahan baru bukannya menggunapakai polisi BN.

8 orang berkata:
Betul, pemimpin bole dikritik.
Coma yg tak betulnya kenapa kritik tak kena di tempatnya. Kenapa nak gebang dlm MUKTAMAR PAS? Ingat benda tu boleh settle ke kalu gebang kat mesyuarat pas? Muktamar pas kan ke lebih baik bincang pasal masalah pas yang dah macam kapal senget nak karam tu!
Niat nak bantu rakyat tu dah baik dah tapi cara dan saluran tak betul. Nampak bangang ada la.
Dah settle ker isu/ masalah rakyat Penang yg dia lebongkan kat muktamar pas tu? Dah settle? Yg aku nampak, kapal pas makin senget teruk tunggu masa aje nak karam sbb nakhodanya suka sangat pung pang pung pang tak kira tempat, tak kira masa.
Belajarlah. Ambik sebagai pengajaran. Jangan jadi bengap sangat.
Sama mcm hamas kritik israel la...x de beri kesan.
Lain kali jangan dok percaya kepada orang yang suka meletakkan kesalahan kepada orang lain

Dap dah nak buang Pas apa nak dikecohkan.
Rezeki saudara di situ sampai takat itu sahaja.
Jika berdiam diri dikatakan keldai, jika berbicara dikatakan umno.
Jadi pilihlah keldai atau umno.
Saya pilih digelar umno oleh dap, pkr dan anjing anwar didalam pas daripada di gelar keldai oleh umno.
Dap adalah adik beradik pap. Di singapura , kalau kritik kerajaan bawah pap , alamat hilang tak berkubor lah. Jadi di penang ,bawah dap juga hampir sama. Cuma tal berani nak hilang kan sebab, polis dibawah pusat. Jadi susah sikit nak " pe ghaibkan'
Kalau dap dapat perintag pusat ,mau kadi macam singapura,gamak nya.
Sebenarnya sudah sampai ke penghujungnya..dengan pas boleh keluar pakatan dan jangan brgabung dgn dap,pkr lagi.. Kita menangkan mereka,tapi mereka mmbuangkan kita.kita bantu mereka siang mlm,hujan panas ikhlas mmbantu untk kmenangan parti pakatan selain bn yg sarat rasuah.. Tapi akhir kini mungkin sudah tiba wktunya kita pas keluar pakatan yg x mghormati kita baik d selangor dan penang.. Renungkanlah sejenak.dn bt kputusan.
Yang komen atas sekali sebenaqnya bodoh..baqal kelabu asap broker dan barua..
Post a Comment