Nampaknya.
Zuraidah sudah memainkan peranannya di Selangor selepas Azmin sah dilantik sebagai MB secara rasmi. Dia keluarkan dua kenyataan yang berbeza mengenai PAS.
Yang pertama.
Zuraidah mengatakan bahawa PAS tidak layak untuk mengekalkan 4 exco di Selangor disebabkan PAS tidak menyokong kedua2 calon menteri besar dari PKR. Kerusi exco PAS perlu dikurangkan. PAS hanya diberikan kerusi sagu hati.
Zuraidah sudah memainkan peranannya di Selangor selepas Azmin sah dilantik sebagai MB secara rasmi. Dia keluarkan dua kenyataan yang berbeza mengenai PAS.
Yang pertama.
Zuraidah mengatakan bahawa PAS tidak layak untuk mengekalkan 4 exco di Selangor disebabkan PAS tidak menyokong kedua2 calon menteri besar dari PKR. Kerusi exco PAS perlu dikurangkan. PAS hanya diberikan kerusi sagu hati.
PKR dan DAP juga berpendapat sedemikian. PAS, perlu 'diajar' kononnya bersikap khianat. Khianat pada PKR dan DAP lebih dosa daripada khianat kepada rakyat. Sebab itu ahli2 politik ini hanya tumpu kepada pengkhianatan sesama sendiri. Takde sapa2 pun di antara mereka, walaupun hanya seorang, hanya seorang, yang datang dan bersuara, bahawa ketiga2 parti ini telah melakukan pengkhianatan pada rakyat dalam krisis MB, dan dia merasa amat bersalah. Tiada seorang. Walaupun hanya seorang. Daripada PAS, PKR ataupun DAP.
Aku. Tidak terguris. Kerana sudah terlalu lama aku disakiti oleh ahli politik. Yang buat aku terguris, ialah masih ramai lagi rakyat di luar sana, tidak mahu menyedari akan hakikat sebenar.
Kalau la ketiga2 parti ini memahami bahawa betapa khianatnya mereka pada rakyat, sudah tentulah mereka takan tergamak untuk teruskan bergaduh dalam media mengenai kedudukan exco. Macam yang si Zuraidah neh buat.
Fakta yang kita perlu faham.
- PAS, PKR dan DAP, ketiga2 parti ini tidak mencalonkan nama Azmin.
- PAS bukan tidak menyokong calon MB dari PKR. PAS hanya tidak menyokong pencalonan DSWA.
- PAS tidak flip flop, yang flip flop ialah Hadi Awang.
- Sehingga ke saat terakhir, PKR dan DAP masih tetap bertegas hanya mencalonkan DSWA.
- Sehingga ke saat terakhir, PAS hantar 3 nama walaupun tiada nama Azmin.
Berdasarkan fakta ini, jika mahu dianggap bersikap khianat, kenapa hanya nampak tindakan PAS? PKR dan DAP juga tidak pernah meletakkan Azmin sebagai calon MB pilihan parti?
Bukan kah kerusi exco PKR dan DAP juga patut dikurangkan?
Khianat pada Azmin, bukan hanya PAS setelah mencalonkan nama individu itu dalam mesyuarat parti, bahkan PKR dan DAP juga kerana tidak menghantar 3 nama kepada sultan selepas diminta berbuat demikian. Azmin ialah pilihan sultan. Bukan pilihan parti. Selepas Azmin menjadi pilihan sultan, maka baru la PAS, PKR dan DAP mengendurkan perlawanan antara satu sama lain dan memutuskan untuk menyokong perlantikan tersebut.
PKR uturn.
DAP uturn.
PAS akur. Selepas gagal mempertahankan kedudukan Khalid.
Yang kedua.
Zuraidah katakan Hadi perlu minta maaf pada DSWA kerana menghina wanita itu.
Apa yang Hadi hina? Hadi tidak hina. Ia adalah pendapat peribadi dia tentang kredibliti, kemampuan dan kelayakkan DSWA berkaitan pentadbiran negeri.
Dia beri ulasan berdasarkan pemerhatian dia bahawa DSWA tiada ketokohan sebagai ketua pemimpin negeri. Gunakan perkataan yang betul untuk mengambarkan situasi. Jangan main petik sebarangan aje. Orang beri pendapat dikata hina. Orang berdoa sambil mengulas masalah dituduh melaknat. Kita cipta fitnah. Dan kita nak sakit ahti atas fitnah yang kita cipta. Betul ke kita neh? Macam sakit otak aje aku tengok.
Yang sebenarnya si Zuraidah neh melebih2. Oleh kerana DSWA sendiri menerima kritikan tersebut, secara terbuka, berlapang dada, buat kenyataan media, maka tindakan Zuraidah, bahkan Tony Pua sekalipun akan ditafsirkan sebagai tindakan membodek.
Jika seseorang perlu sakit ahti, maka orang itu ialah Wan Azizah.
Jika perlu seseorang membela Wan Azizah, maka orang itu ialah Anwar Ibrahim.
Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, kedua2nya tidak cakap banyak. Mereka sudah tunjukkan reaksi melalui sikap. Maka apa lagi yang si Zuraidah neh nak menyemak. Biarkan mereka selesaikan masalah antara mereka secara sendirian. Orang ketiga kalau nak masuk campur, damaikan. Bukan keruhkan.
Kenyataan pertama Zuraidah. Jika dibuat seperti yang diusulkan, hanya membuahkan dendam. Kenyataan kedua pula, tindakan yang tepat ialah saling bermaaf-maafan tanpa point fingers to each other. Ini kerana setiap seseorang dan setiap parti2 komponen dalam PR telah menyumbang kepada kesalahan dengan cara tersendiri. Terima la hakikat.
Dari segi perspektif rakyat.
Aku sebenarnya simpati pada rakyat. Berapa lama. Apa lagi. Siapa yang perlu mati. Sampai bila. Untuk kami boleh mendapatkan ahli2 politik yang bila dia berpolitik, rakyat adalah perkara pertama yang terbentang di mata dia.
Situasi yang dibekalkan oleh kerajaan sudah sangat sukar, dan pembangkang pula tidak memainkan peranan yang betul untuk membela kami yang tertindas.
Ibaratnya kita sudah sangat sengsara untuk bernafas, instead of membantu kita bernafas dengan lancar, pembangkang hanya buat rakyat macam kita terlari2 mencari arah. Maka nafas kita menjadi semakin tercungap2. Mereka tidak membantu menyelamatkan. Mereka hanya menambahkan luka2 yang sedia ada.
Sebab itu adalah amat bagus jika krisis Selangor ini diselesaikan secara berhemah dalam bilik mesyuarat. Uruskan perbezaan dan masalah peribadi masing2 melalui perbincangan wajah ke wajah bukan lagi menggunakan media sebagai pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah korang.
Jika mahu beri pandangan untuk kurangkan kerusi PAS. Maka buat. Tapi dalam bilik mesyuarat.
Jika mahu Hadi minta maaf pada Azizah. Maka buat. Tapi menerusi panggilan telefon.
Sesungguhnya tindakan2 korang neh telah berjaya memecahbelahkan perpaduan dan perhubungan ahli2, penyokong2 dan aktivis2 politik di peringkat bawahan dengan jayanya.
Macam mana aku nak berkempen di kemudian hari andaikata sekarang semua pihak sudah saling sakit menyakiti, musuh bermusuhan di antara satu sama lain?
Renung2kan la.
2 orang berkata:
Pembetulan fakta tak betul dan salah sikit,mungkin yg tulis diatas ni tido agak nya dan baru bangun dari mimpi.seperti ini:_
1.pas pusat dlm msyuarat pada 17 ogos mencalon wan azizah dan azmin ali..ia dicadang oleh ajk pas dan presiden pas.
2.setelah pas stuju 2 calon itu dan dibawa ke msyuarat pakatan rakyat,azmin ali mghormati presiden wan azizah dan menarik diri.
3.pkr-dap dan pas pro pkr telah mghantar satu nama wan azizah ke istana..
4.sultan minta lebih dua nama,pas akur memberi 3 nama,pkr dan dap kekal wan azizah.
5.sultan selangor murka dan mengangap pkr dap biadap dan derhaka.
6.pas menghantar 3orang antara salah satunya azmin ali.
7.sultan berkenan azmin ali dan presiden pas menasihat mb baru jaga amanah rakyat.
Sekian terima kasih..
PEMUDA PAS BUKIT GANTANG.
PAS TAK PERNAH HANTAR NAMA AZMIN DLM KEDUA2 SENARAI YG DIHANTAR KPD SULTAN. INI FAKTA
Post a Comment