Pas Kelantan yakin kekal PRU14
KOTA BHARU – Mungkinkan PRU14 akan mengubah kerajaan Pas Kelantan yang
sebelum ini menjadi kepercayaan utama rakyat Cik Siti Wan Kembang ini?
Itulah persoalan yang timbul selepas PRK Pengkalan Kubor berakhir Khamis lalu menyaksikan kejutan apabila BN menang besar dengan pertambahan majoriti hampir 1,000 undi berbanding PRU13 tahun lalu.
Lantaran itu juga, banyak reaksi penganalisis mahupun pemimpin PR sendiri yang menyatakan kebimbangan Pas bakal kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti jika trend pengundian di Pengkalan Kubor berterusan pada PRK 14 nanti.
Mengulas perkara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PRK Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kepercayaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Pas.
Malah, katanya, ia langsung tidak mematahkan semangat kepimpinan yang ada untuk memastikan PRU14 nanti tercipta kejayaan baru bagi Pas di Dun itu.
“Ini hanya PRK sahaja, tambahan pula Pengkalan Kubor adalah kawasan BN, saya lihat masih ada lagi kekurangan di Dun tersebut, dengan kebajikan rakyat dan pembangunan yang masih belum dibangunkan, maka kami akan bekerja keras lagi selepas ini, tiada unsur kelemahan Pas di sini, kami sentiasa optimis untuk berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberi amaran Pas Kelantan akan jatuh ke tangan BN jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap parti itu dan PR turut berlaku di kawasan lain.
Terdahulu sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga didakwa membayangkan perkara yang sama selain turut menyatakan sokongan terhadap Pas Kelantan menurun sehingga ke 50 peratus, sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pusat parti itu.
Malah, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kemenangan BN di Pengkalan Kubor akan dijadikan contoh untuk parti itu menawan Kelantan dalam PRK14 nanti.
Dalam pada itu. Takiyuddin yang juga Penasihat Jentera Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor berkata, walaupun Pas kalah, pihaknya akan merancang dan memastikan pemerintahan Pas Kelantan dikekalkan.
“Kita tidak ada masalah dengan pandangan-pandangan mana-mana pihak, kita mempunyai persiapan sendiri, perancangan yang kukuh dan usaha yang telah diaturkan, bagi saya, kenyataan (Lim Kit Siang) hanya pandangan peribadi.
“Apa yang penting, saya tegaskan sekali lagi, Pas tidak sesekali lemah dengan kekalahan tersebut, kita sedikit pun tidak tergugat dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan, walaupun saya mengakui pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRU14 nanti, tapi kami tidak akan mengalah, kami sentiasa bersiap sedia dan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.

4 orang berkata:
X pyh dok apikan la. Org bukan pas x pyh la buat andaian...kalau dok pandai buat andaian juga tu namanya penyebuk taik.
Semua kata pas tumbang next pru....
Jauh lagi siapa tumbang dahulu...
Kenyataan Lim Kit Siang mengenai PRK Pengkalan Kubor dan mengaitkannya dengan PRU14 samalah seperti kita katakan DAP akan kalah teruk dalam Pru14 nanti apabila mereka kalah di Teluk Intan memandangkan sokongan cina sudah beralih ke parti Gerakan dan BN.Apa yang sebenarnya tersirat dalam hati LKS dan DAP bila cuba menakut2kan Pas akan kehilangan Kelantan adalah serangan sikologi terhadap ahli2 dan pemimpin2 Pas sebagai menafestasi kebencian meluap parti tersebut terhadap Pas sebasgaimana ditunjukkan mereka dengan memberi sanjungan dan penghormatan kepada dua orang adun pengkhianat Pas Selangor dalam Majlis mereka di P Pinang.
Tujuan komen yang pas akan kehilangan kelantan adalah satu psy war supaya presiden pas ditukar.
Dan dikelantan sendiri, usaha itu dilihat untok memperlekehkan Mb dam Tmb .kelantan.
Siapa dibelakang? Tuan cari lah sendiri,siapa yang paling kecewa bial nik amar dilamtik sebagai TMB.?
Juak juak nya lah yang bertebaran,mengatakan pas akan kalah kelantan dalam pru14 nanti.
Dengan harapan nik amar di turunkan dam digamti fengan orang itu.
Geng geng ini umpama parasit
Yang suka menghisap darah sampai kering dan sanggop mati bersama ' host' nya.
Post a Comment