• Dua Adun Pas berdepan Lembaga Disiplin esok
1 / 1
SHAH ALAM – Dua Adun Pas, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Pas esok.

Memetik laporan sebuah portal, Saari menjelaskan, beliau dan Hasnul telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk menjelaskan tindakan mereka yang didakwa telah membelakangkan parti.

Saari bagaimanapun bertegas, tidak akan meninggalkan Pas meskipun tindakannya yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dianggap wira oleh DAP.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (Pas),” katanya.

Semalam, Hasnul menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP, manakala Saari pula mengeluarkan kenyataan untuk bertanding sebagai calon Bebas sekiranya disingkir Pas.

Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu Adun Pas: Tindakan tatatertib dalam masa terdekat]