Bekas MB Selangor sedia disiasat
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata beliau sedia disiasat mana-mana pihak seperti Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung segala penjanjian yang
ditandatangani ketika memegang jawatan itu.
Beliau berkata, ini termasuk perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembangunan di Canal City.
"Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Dato' Menteri Besar Selangor," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.
Menurut Abdul Khalid, peguamnya akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung hal itu dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengkaji semula perjanjian-perjanjian kerajaan negeri yang diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid termasuk berkaitan konsesi air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pemberian kenaikan elaun menteri besar. - Bernama

3 orang berkata:
Lama2 rakyat selangor ni minum air x leh, pembangunan terbengkalai, projek berkecamuk krn MB pkr asyik dok cari pasal tak habis2....MB kena cucuk hidung....nasib baik x cucuk buntut
Sprm belum umum kertas siasatan laporan tski.
Anwar ada bukti... Hebat atau auta
Dajal melayu..punca masaalah politik mlaysia ni nuar dan puak umno..kalu kes maksiat berpunca puak cina.. puak ni perosak akal minda rakyat malaysia..
Post a Comment