Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SUDAH DI JADIKAN MACAM MELUKUT DI TEPI GANTANG

29 september 2014

Portfolio exco Selangor hari ini tentukan kedudukan PAS dalam Pakatan?

Pembahagian portfolio di kalangan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) PAS Selangor hari ini kritikal bagi menentukan sama ada PAS akan kekal dalam kerajaan negeri atau tidak berikutan khabar angin mengatakan mereka hanya akan mendapat portfolio yang tidak penting saja. Menurut sumber, Menteri besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali akan mengadakan perbincangan dengan exconya bagi menentukan portfolio masing-masing hari ini.
 
Salah seorang exco daripada PAS, Mohd Zaidy Abdul Talib ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan menteri besar akan mengadakan perbincangan hari ini bagi menentukan portfolio exco.

 "Ya betul, tetapi saya tidak tahu apa-apa mengenainya setakat ini," kata Zaidy. Keputusan ini akan dibuat ketika hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR) pada tahap paling kritikal sekarang ini dengan PKR dan DAP dilihat bersatu untuk mengenepikan PAS. Di Pulau Pinang, seorang ahli majlis kerajaan tempatan PAS, Iszuree Ibrahim dipecat setelah mengkritik kerajaan negeri di muktamar. Di Sarawak, Pemuda DAP menyifatkan PAS sudah tidak ada dalam pakatan di negeri itu. AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz pula mendakwa PKR dan DAP meminggirkan PAS. "Sekarang bergantung kepada Selangor. Jika Azmin juga bertindak pada haluan yang sama, meminggirkan exco daripada PAS, saya yakin PR akan pecah dan ketika itu ahli PAS akan setuju dengan pimpinannya," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika membincangkan isu ini.


Dalam kenyataannya sebelum ini, badan bukan kerajaan pro-PR, PasMa juga membuat jangkaan yang sama. Mereka sangat berharap Azmin bertindak merapatkan PAS dengan PR, bukan menjauhkan lagi hubungan antara mereka. Ketika ini, apabila PAS hanya diberikan 3 kerusi exco saja berbanding 4 sebelumnya, sudah ada saranan di kalangan pimpinan kanan PAS agar mereka tidak pergi mengangkat sumpah jawatan itu. Namun, memandangkan ia melibatkan istana dan sangka baik dengan menteri besar baharu itu, ketiga-tiga exco PAS yang dilantik pergi ke istana untuk mengangkat sumpah.

Seorang pengguna laman media sosial Facebook yang pro Umno hari ini mendakwa kononnya 3 exco PAS itu - Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dann Zaidy - bakal menerima portfolio yang tidak penting dan ada kaitan dengan kerajaan persekutuan saja, bukan di bawah kuasa negeri. Antaranya, Iskandar menerima portfolio infrastruktur, Yunus (alam sekitar dan kesihatan) manakala Zaidy (pelancongan dan agama). Semua portfolio itu terletak di bawah senarai persekutuan di mana kerajaan negeri hanya mempunyai peranan minima.

5 orang berkata:

Basar said...

Biarlah yang berkaitan apa pun.
Jika berpecah senang nak diganti senang nak letak jawatan.

Apa nak dirisaukan, sudah pasti dap dan pkr akan membuang pas sebelum anwar masuk ke dalam.

Anonymous said...

KETUM

sudah jadi

KETUM...BAR

Anonymous said...

Hihi ketumbar... + halba...

Anonymous said...

Ketumbar + halba = kari pasma

Anonymous said...

Kalo aku jadik MB pun aku x bagi byk.. X reti istiqamah dan berjanji..yg bagi komen pun dpt bagi komen mcm ni jer.. Sedih..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.