Monday, September 29, 2014
Anwar: MB akan dedah siapa dapat jutaan ringgit
Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.
Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan.
“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya?
"Rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.
Sementara itu, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya.
"Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan Canal City.
“Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,"tulisnya dalam Facebook sebentar tadi.
Malaysiakini
0 orang berkata:
Post a Comment