Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WOW MEREKA SUNGGUH BERANI ........


Thursday, September 25, 2014

NGO kecewa Anwar tunduk pada sultan

 
NGO prodemokrasi, Kembalikan Selangorku, menyokong cadangan agar Pakaran Rakyat menjalankan reformasi ke atas perlembagaan negeri demi mengekalkan prinsip demokrasi dalam isu pelantikan menteri besar.

"Kami mengkritik Pakatan Rakyat kerana meninggalkan prinsip demokrasi dan mengalihkan sokongan dari presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada timbalan presiden, Azmin Ali dalam masa yang sangat singkat.

“Tindakan Pakatan Rakyat yang menyokong campur tangan istana dalam pelantikan menteri besar,” kata NGO tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu menegur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan menyerahkan kalah dan “tunduk pada pelantikan oleh sultan”.

"Anwar Ibrahim berpegang pada perlembagaan negeri dan mengkritik sultan Selangor, tapi tidak lama kemudian beliau mengalah dalam pendirian perlembagaan dan tunduk pada pelantikan sultan.

"Ini sangat mengecewakan ramai pihak di Selangor,” kata NGO itu lagi yang menjalankan kempen “Riben Hitam” untuk menentang campur tangan luar dalam usaha PKR untuk mengganti menteri besar Selangor.

Kembalikan Selangorku berkata Pakatan sepatutnya mengambil contoh di Perak pada 2008 dengan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk menjelaskan undang-undang tubuh negeri dan prinsip demokrasi.

"Ia tidak sepatutnya meninggalkan tanggungjawab untuk mendukung undang-undang negeri paling tinggi dan mengabaikan mandat dari rakyat.

"Krisis MB Selangor mendedahkan masalah sistem demokrasi di negeri negeri ini,” menurut NGO itu lagi yang menggesa agar pembaharuan dijalankan ke atas perlembagaan negeri.
Malaysiakini

8 orang berkata:

Anonymous said...

Puak ni kalau perintah negara hancur.....sultan pun nak lawan.

Anonymous said...

NGO ngok
ini negeri demokrasi dengan beraja
jangan membawa masalah baru.

cukuplah masalah yang dibawa oleh langkah kajang
cukuplah masalah yang dibawa oleh pkr
cukuplah masalah yang dibawa oleh dap
cukuplah masalah yang dibawa oleh anwar dan rafizi
cukuplah masalah yang dibawa oleh lge dan tony phua
cukup cukup cukup
Jangan bawa masalah lagi

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makhluq tu.. dikesan ramai cina tongsan. kling afa sekoq. seakan-akan melayu (mcm mamak jer) ada sekoq. Jenis cina tongsan ngan kling paria ni selagi tak boleh 'bunuh' melayu, selagi itulah busuk hatinya. tu pun ramai melayu yg terhegeh-hegeh junjung DAP@cina tongsan!

Anonymous said...

Nobita pun ada sekali kt hujung kerusi kosong...

Anonymous said...

skiing hudud skiing Judy's,tapi Sampson la ni take laksana jugak. allah telah wajibkan melaksanakan hudud, bukan isu sokong tak sokong.

Anonymous said...

Dahan lain dah habis ku patah- patahkan.Yang tinggal dahan kemuning.Kalau ini dapat juga ku patahkan, lu sendiri mau ingat.So makanlah kuih pengat.

Anonymous said...

Hang bodo awat x sebut lahabau najib. Hamg ni macai umno

Anonymous said...

Kalau masing masing sebok perut masing, tak mau bersatu ini lah akibatnya. Lebih dasyat lagi dimasa hadapan bila semua melayu boleh dikencing diberak sebab melayu dah M E L A Y U

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.