Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN KEKAL DI PANGKALAN KUBUR

25/09/14

Tak rasmi: BN kekal DUN Pengkalan Kubor

 
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,625 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan tidak rasmi, BN mendapat 9,960 undi manakala PAS mendapat 7,335 undi. Calon Bebas pula mendapat 37 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu,
pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.

Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalah x pa...lagipun itu tempat BN. Teruskan perjuangan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.