Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI SEMUA SIAPA PUNYA PASAL ? SUDAH DAPAT MB MASIH BERMASALAH ?


DAH JANGKA DAH ! MESTI DENDAM TAK BERKESUDAHAN, HATI BUSUK BAK BANGKAI, ELOKLAH AZMIN BUBARKAN SAHAJA DUN SELANGOR, HABIS CERITA, DAN BAWALAH HALUAM MASING-MASING ! - Pak Karamu

 24/09/14


Komposisi exco pula kemelut baru S'gor?

 
Tugas pertama menteri besar Selangor yang baru Azmin Ali adalah memilih barisan exconya dan ia bukanlah satu tugas yang mudah.



Kemelut pentadbiran Selangor sejak Langkah Kajang diumumkan Januari lalu kini menekan hubungan antara parti Pakatan Rakyat sendiri.



Ia bermula dengan kritikan DAP terhadap exco PAS yang tidak mahu meletakkan jawatan mereka ketika menteri besar bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memecat kesemua exco lain Pakatan.



Azmin bukan saja harus memperbaiki semula hubungan dengan PAS, malah harus memastikan kemahuan pasukan yang bukan pro-beliau dalam PKR sendiri diambil kira.



Seorang pemimpin PKR memberitahu  terdapat pelbagai "pendapat dan cadangan" dilontarkan kepada Azmin dalam mesyuarat biro politik parti itu semalam.



Antaranya Azmin "dicadangkan" mengambil ADUN yang tidak dilihat pro beliau menjadi exco Selangor untuk mengimbangi pentadbiran beliau.



Nama yang dilontarkan adalah Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) yang merupakan ADUN Seri Setia dan Gan Pei Nei (Rawang)



"Pasukan sama turut meminta agar exco yang dilantik dua kali iaitu Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail memberi laluan kepada nama baru," kata beliau yang enggan dinamakan.



Malaysiakini difahamkan sekutu rapat Azmin seperti Amiruddin Shari (Batu Caves) dan Shuhaime Shafiei (Sri Muda) turut dilobi oleh sebuah kem lain.



Bekas exco Dr Xavier Jeyakumar (Seri Andalas) dan Yaacob Sapari (Kota Anggerik) turut dilaporkan berminat dengan jawatan tersebut.



Malah Gabungan Persatuan-persatuan Masyarakat India (Gamia) hari ini secara terbuka membuat kenyataan mahukan exco India dari PKR.



Hanya Xavier merupakan pemimpin berketurunan India dari PKR manakala DAP mempunyai V Ganabatirau (Kota Alam Shah) dan R Rajiv (Bukit Gasing).



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anawar Ibrahim  ketika ditemui hari ini pula memberitahu PKR bakal menghormati hak Azmin untuk memilih pasukan beliau sendiri.



"Itu kita kena hormat peraturan itu bidang kuasa menteri besar.



"Kita kena beri keyakinan dan kepercayaan kepada dia (Azmin) untuk berunding dengan kedua-dua parti dan ia terbuka dengan perkenan Tuanku," kata beliau ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.



PAS dihukum?



Kemelut panjang ini juga mengakibatkan PKR dan DAP merasakan dikhianati PAS dan mahu "menghukum" parti Islam itu kerana tidak menyokong presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, calon "Langkah Kajang" mereka.



Hari ini secara terbuka Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin (bawah) meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Khalid ini.



 



"Pendapat peribadi saya, pembahagian kerusi exco perlu disemak semula.



"Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini.



Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad dan pimpinan PAS negeri beberapa kali mengulangi kenyataan mereka tidak meletakkan jawatan exco di bawah Khalid untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri.



Seorang pemimpin PAS Selangor pula menyatakan parti itu cenderung "mahu mengekalkan kesemua barisan exco asal mereka."



"PAS Selangor akan bermesyuarat hari ini dan akan bertemu dengan menteri besar," kata beliau secara ringkas.



Kenyataan rasmi PAS turut dijangka akan dikeluarkan oleh PAS Selangor dan PAS Pusat lewat hari ini atau esok.



Selain itu, beberapa laporan media turut menyatakan DAP menuntut lebih kerusi exco dari PAS atas sebab yang sama.



Pilihan MB, perkenan sultan



Bagaimanapun satu lagi faktor yang harus diambil kira adalah kuasa yang memainkan peranan dalam hal ini iaitu istana Selangor.



Tahun lalu, pelantikan exco telah ditunda kerana istana dilaporkan enggan menerima nama seorang pimpinan PKR yang telah berkhidmat sebagai exco sejak 2008.



Azmin difahamkan mahu menyelesaikan perkara itu dengan pantas untuk mula mencorak pentadbiran beliau.



Beliau mengumumkan kepada media awal hari ini untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi memohon perkenan baginda dalam perkara ini.



Tetapi ia bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya ketiga-tiga parti Pakatan ini 'bermasalah' menyelesaikan perkara ini dan rakyat Selangor sekali lagi terpaksa menunggu peneraju kerajaan negeri paling kaya di negara ini.- Mkini

7 orang berkata:

Anonymous said...

Bagi ja kerusi exco tu kat DAP . 6 dap 2 pkr, 0 pas. Biar dap kawal semua selangor dan perabih rm3 billion...biar melayu selangor merempat..

Anonymous said...

Benarkan apa yañg telah diduga?Dap mwnghentam 4 exco pas,dengan harapan azmin akan menolak adun pas drp. Barisan exco nya.
Kerusi pas itu bolej diagih antara dap dan pkr.
Ini pula disokong oleh kenyataan zuraida.
Wahai melayu pkr. Tak sedar lagi kah kamu dengan permainan cina dap?
Janganlah kerana terlalu gila kuasa dan jawatan,kau nak biarkan melayu dipwrmainkan.
Janganlah kerana terlalu ghairah nak ke putra jaya,kau sanggop hadai melayu.
Bagi pas,rasanya tidak akan menjadi satu isu
Bukan kali ini saja pas kena main. Umno mainkan pas lebih teruk daripada ini. Tapi pas tetap bernyawa.
TAPI INGAT.PKR BUKAN SEBUAH PARTI YANG DAH KUKOH. DALAM POLITIK MUSOH TIDAK SEMESTINYA KEKAL BEEMUSOHAN.DAN KAWAN TAK SEMESTI SAMPAI KE PENGHUJONG.

Anonymous said...

setuju, beri semua exco pada dap, pkr tak perlu dah ada jwtan mb, bahlul dan keldai tunggangan sb bodoh sgt jgn beri jwtan exco. layak jwtan nya nya utk driver, pasang bendera, pas bukan di landasan islamik tp erdogan yg buat keputusan , kesian ulama . tak perlu exco lah, jadi dun lebih bersuara tegak hak dan kebenaran. tawar exco pun portfolio tak kuasa negri cuma selaras kuasa federal. tolak jwtan exco, jadi dun nanti ms persidangan dun , undi tak percaya

Anonymous said...

setuju. bala akan datang bila di angkat si kunyit , ais cream jadi pemimpin. tambah si gereja dan si sabun sapu bini org ada di belakang. kifarah akan dtg, ya allah pada mu kami serahkan , kesihani lama ulama yg ikhlas di tindas oleh si laknat laknat dan pandai putar belit fakta di bantu chacai bloger di suap dgn duit utk putar alam. pada mu ya alah kami serahkan , agar kebenaran akan timbul.

Anonymous said...

jgn macam pak kadok, ayam menang kg tergadai. bagus lah ais cream . anjing tersepit , laknat allah. tggu saat ke hancuran yg dtg amiiin . selamat kan kami dpd ujian ini, kehadziran laknat dan pertualang bangsa dan ugama akan cepat kifarah mu. hancur kunyit, hancur sabun, hancur erdogan, hancur si pembela gereja, hancur si sepeda. hidup para ulama pas, tegak kan kelandasan awal. kaji balik hubongan dgn laknat laknat

Unknown said...

jets jersey
giants jersey
new balance outlet
ray ban sunglasses
cleveland cavaliers jersey
packers jerseys
basketball shoes
the north face
nike blazer pas cher
michael kors outlet

Unknown said...

zzzzz2018.6.4
basket nike femme
air jordan uk
mbt shoes outlet
kate spade outlet
golden state warriors jerseys
moncler outlet
ed hardy uk
coach outlet
pandora
true religion outlet store

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.