Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ye ada, yang cabut kepalapun ada

[RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA


Pengarah Eksekutif LENSA di ugut

SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri.

Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

“Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut.

“Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya,” kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.
Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pada jam 1 tengah hari ini.

Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda.

Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR.

“Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai,” katanya sewaktu di temui di Shah Alam. -FMT

6 orang berkata:

Basar said...

Udah dibilang jangan ugut, ludah membazir je.

Anonymous said...

Pejuang kepala hotak apa camtu. kena ugut sikit.. satu malaysia dia bgtau. ko dpt ko diam jer ler. atau buat repot. atau ko siasat sendiri. setakat ugutan tu bersepah polis dapat. ada yg ditembak lagi. tak la bising mcm grup ko ni. SAMM dpt mcm-mcm ugutan, slumber jer pemimpin dia. sejak bila pulak Lensa ni dilantik wakili anak muda??? bercakap biar jelas.. ' lensa wakil anak muda PKR DAP'.. baru terang!

Anonymous said...

Suhaizan Kayat suruh ambil positif teguran Lensa? Suhaizan ni tak faham bahasa atau mabuk? Nak ambil positif camno ketua pemuda PAS oiiiii!!! yg buruk negatif semua baling kat PAS. DAP PKR dah jadi maksum... cam tadak salah pun walaupun haru-biru ni dorang yg mulakan. Sepatutnya Suhaizan ni dok dpn Lensa.. tanya apa yg tak betul... apa yg dorang tak pueh hati.. ko terangkan. kalu mangkuk lensa tu tak faham.. ko bagi la faham. pemuda lawannya pemuda. baru sama rata. ini tidak.. ko pula jadi penambah lensa tu. betul kot khabar angin sebelum ini.. ketua Pemuda PAS org kuat nuar brahim sejak dulu lagi. apa saja PAS buat ada jer salah. Tak pernah pulak dengar ko tegur DAP ka PKR ka bila buat silap. ko diam jer!!! kalau mcm ni la pemimpin pemuda pelapis PAS ... ???

Anonymous said...

Suhaizan ni patut jd ketua pemuda dap atau pkr, atau umno selalu saja menyalahkan pas,kalau kau mabok jawatan sangat,jangan korbankan pas,kau masok pkr atau dap atau kau joint lensa keparat tu pun boleh kau ni merugikan pas saja

Anonymous said...

Berok muda . pulas nyor pun tukar lagi muda ko tua,
Belagak tunjuk bijak..piimampuss lah lensa..

Anonymous said...

Lensa ko pasma ko... itu satu kapal juga. Abg Mat ko.. tahu apa dan kenapa ... ust hadi tetaplah istiqamah. Patah paruh bertongkat dagu..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.