Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SELAMA-LAMANYA KENA BERGERAK SENDIRIAN, DEMIKIANLAH AKHIRNYA ..........

TUAN IBRAHIM TUAN MAN JANGAN MEARASA SEDIH, KAN KE DAP DAN PKR SEDANG SEBUK DENGAN PERLANTIKAN JAWATAN MB SELANGOR, PADA MEREKA JAWATAN ITU LEBIH PENTING DARI MEMBANTU PAS DALAM MERAMPAS KERUSI PANGKALAN KUBUR ? PAS KENA NILAI DI ANTARA KAWAN DAN SAHABAT. KAWAN HANYA TEPI JALAN, SAHABAT BOLEH BAWA MASUK RUMAH ! - Pak Karamu

Wednesday, September 24, 2014


PAS redha walau tanpa PKR, DAP


 


PAS redha dengan tindakan rakannya dari PKR dan DAP yang tidak dapat turut sama membantu kempen calonnnya dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pemimpin PKR dan DAP tidak turut serta dalam hari-hari terakhir kempennya kerana tumpuan pada isu pelantikan menteri besar Selangor.

“Dalam masa dua hari ini PKR dan DAP terpaksa uruskan perkara yang melibatkan pimpinan induk yang dipanggil bermesyuarat.

“Kita faham situasi ini dan kita boleh tangani (ketiadaan pemimpin Pakatan),” katanya yang merujuk kepada mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Azmin Ali.

Hanya pemimpin tertinggi PAS muncul dalam ceramah perdana PAS dalam kempen pilihan raya kecil di DUN Pengkalan Kubor pada malam tadi, tanpa kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan.

Perkembangan ini mungkin menjejaskan lagi peluang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim untuk merampas kerusi yang diwakili BN sejak dua penggal ini.

Tambahan pula, BN giat membangkitkan krisis dalaman PAS dan juga masalah hubungan antara parti Pakatan Rakyat sebagai modal untuk mempengaruhi kira-kira 24,000 pengundi dalam kempen ini.

Ini dapat dilihat melalui poster dan kain rentang pro-BN yang dipasang di kawasan strategik di Pengkalan Kubor sejak Sabtu lalu.

Poster itu membangkitkan kandungan ucapan timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa dan juga presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang turut menonjolkan masalah pentadbiran negeri Kelantan.

Ceramah utama pada malam tadi pula – yang diuar-uarkan sebagai acara utama PAS dalam kempen ini – hanya menonjolkan Abdul Hadi serta mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Aziz dalam ucapannya itu antara lainnya mengingatkan para pangundi mengenai hukum serta ganjaran bagi menyokong sebuah parti atau kerajaan yang berlandaskan Islam.

Perkara sama turut disampaikan oleh Abdul Hadi yang menasihatkan kepada semua pengundi supaya memilih parti yang dapat memberi ganjaran pada mereka di akhirat kelak.

Ceramah di Kampung Geting itu bagaimanapun menarik kehadiran dianggarkan seramai 1,500 orang, yang diperhatikan sebagai kehadiran paling ramai untuk sesuatu acara politik di sepanjang kempen 12 hari, berakhir hari ini.

Di sisi BN pula, yang menonjolkan calonnya Mat Razi Mat Ail, acara anjurannya di segenap daerah mengundi, termasuk karnival, acara sukan tomoi dan dikir barat, hanya berjaya menarik kehadiran sekitar 500 orang di setiap program.

Pemerhatian pada hari ini pula menunjukkan kedua-dua parti menggunakan sepenuhnya hari bertenang hari ini untuk menumpukan pada kunjungan rumah ke rumah.

Selain itu, PAS akan menganjurkan solat hajat dan qiamullail pada dinihari Khamis sebagai ikhtiar terakhir mereka dalam menghadapi hari pengundian.

Di satu sudut lagi, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hilang wang pertaruhan ketika bertanding di kerusi sama dalam pilihan raya umum lalu sehingga hari ini masih belum mengadakan apa-apa aktiviti besar yang menonjol.

Dalam pilihan raya umum 2013, penyandang kerusi itu Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Pengundi Pengkalan Kubor terdiri daripada 92.02 peratus Melayu, 6.81 peratus lain-lain (meliputi Siam), Cina 0.96 peratus, India 0.10 peratus dan bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 0.10 peratus.


Malaysiakini

4 orang berkata:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan mencari redha allah...mng @ kalah kita x kisah.

Anonymous said...

PKR & DAP sengaja biarkan PAS utk kalah bagi membuktikan ketiadaan mereka PAS takkan kemana, walau pun di negeri pas Kelantan. Itu sebenarnya wajah rakan yg selama2nya lebih penting diri sendiri. Rakan yg semua cakap mereka tak boleh disanggah dan wajib akur.
PKR dah jangka tak boleh menang kerusi Pkl Kubor, sbb itu diserah pada PAS. Itulah senjata ampuh utk mencerca PAS jika PAS kalah. Kau tak sokong calon MB, aku pun boleh juga tak sokong calon dun Pkl Kubor, seri.

Basar said...

Kalah menang bukan di tangan kita, rezeki daripada gaji adun p.k Allah S.W.T sudah tetapkan. Ada dap ada pkr jika bukan rezeki calon pas kalah.

Anonymous said...

setuju. keluar dpd kepompong kunyit dan ais cream , sabun sapu bini org dan broker serta barua dlm parti tendang dan cuci bersih. erdogan dah budaya dlm parti yg suci serta tak gila kuasa atau main belakang. ya allah beri lah kekuatan pada barisan ulama pas dpd fitnah bloger kunyit dan erdogan. kesihani ulama di perbodohkan dan di perdayuskan oleh si gila kuasa dan belakang tarok

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.