25 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR : 70 % PENGUNDI TELAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
4.00 PTG : Jangkaan
SPR bahawa 70 % pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di
Pengkalan Kubor telah dicapai pada jam 4.00 petang tadi. Adalah
dijangkakan kira-kira 75 % akan keluar mengundi sebaik sahaja pusat
pengundian ditutup kira-kira 40 minit lagi.
Sekarang
di kesemua 11 pusat pengundian masih ada pengundi yang datang membuang
undi terutama pengundi-pengundi yang tinggal di luar dari Pengkalan
Kubor dan Kelantan. Ada juga pengundi yang terdiri petani dan nelayan
yang pergi bekerja di sebelah pagi dan pulang mengundi sebaik sahaja
tamat kerja mereka.
Di Pusat Pengundian Simpangan dan Ketil, krew kami melaporkan bahawa masih ada pengundi yang keluar mengundi.
Sementara
itu jentera Pilihanraya PAS mengingatkan petugas di setiap peti undi
supaya sentiasa mengawasi pengundi-pengundi yang mencurigakan terutama
di saat-saat akhir ini. Arahan ini dikuatkan lagi dengan penangkapan
seorang pengundi yang mencurigakan di peti undi Bendang Pak Yong
tengahari tadi.
0 orang berkata:
Post a Comment