Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, September 27, 2014

Tak Habis Lagi Buat Gila Rupanya!

Harap Azmin tidak jadi bingung kerana kerenah ulat taik mereka ni.... Aku yang kat luar ni pun dah naik meluat daaa.....
PAS S'gor nafi bersetuju pengurangan kuota exco mk - 10:35PM - 26 Sep 2014

Majlis angkat sumpah anggota Exco baru kerajaan negeri Selangor hari ini telah gagal menamatkan pertikaian politik Selangor.

Walaupun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pengurangan kuota exco PAS - daripada empat kepada tiga orang - adalah satu "pengorbanan" yang perlu dilakukannya, tetapi PAS Selangor kini berkata parti itu tidak pernah bersetuju.

Ini bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Azmin Ali bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Mustafa sendiri telah memberikan persetujuan berhubung penyusunan barisan exco baru.

"PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari empat kepada tiga.
"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," kata setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (kanan) dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad dan ADUN PAS Sijangkang Dr Yunus Hairi dikekalkan dalam barisan exco, dan disertai muka baru, ADUN PAS Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib.

Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi, yang telah berkhidmat dalam pentadbiran lalu, telah digugurkan.

"Kami juga berpandangan penguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal  di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," tambahnya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Ha tudia.. Dh kata dh!!.. Ini mungkin permulaan episod baru dlm krisis mb slangor ni..sama2 kita nantikan.. Ada yg untung ada yg rugi.. Ingat nk bela kucing untuk tangkap tikus tapi kucing tadi curi lauk tuan.. Haha

Anonymous said...

Kucing x tahu tuan bubuh racun kat lauk...ini perangkap bunuh.
Sbb tu kucing x makan lauk tu
...kucing komplen lauk x sesuai. Sbb kucing tahu lauk tu ada racun

Anonymous said...

Yg paling aku x ps ht knp x plih zuraidh... why why WHY!!!!!

Anonymous said...

Tapi sayang,tuan pulak yang termakan lauk tu.....adoi.....

Anonymous said...

Tidak timbul isu percanggahan antara pas selangoe dan pusat.
Komen daripada pembaca malaysia insider nampak benar mereka tidak faham bahasa melayu.
Su pas pusat kata" kita korban satu jawtan exco demi pr. Ini berert,pas rela dengan apa yang diberi.
Manakala pas selangor hanya menafi kwnyataan azmin,yang mengatakan pas telah ' bersetuju' dengan pwngurangan itu.
Rela dengan bersetuju adalah dua peekara yang berlainan.
Kepada pembaca malaysia insider , pelajari dulu bahasa melayu betul betul kalau sebelum komen ucapan orang melayu.
Dan sebagai yang banyak dinyatakan azmin juga sudah mula bercabang lidahnya. Itu bari 4 hari jadi mb.
Betul kata mahathir azmin juga akan jadi barua anwar.

Anonymous said...

Baru faham apa maksud barua yang dinyatakan oleh presiden pas,bila baca komen anon 4.19.
Rupanya maksud barua itu:
Dalam bahasa melayu adalah budak surohan.
orang kelantan sebut 'wak yeh"
Antara contoh:
Saudi adalah barua amerika di negara arab.
Ada ahli jk pas pusat jadi barua dap.
Yang jasi barua anwar dalam pas adalah pemimpin kanan dalam jk pas pusat.
pkr dan anwar jadi barua dap dalam menderhaka kpd. Raja.
Itu antara contoh, bila cik gu suroh buat ayat menggunakan peekataan ' barua'

Basar said...

Abis orang ingat barua tu apo....
Bahasa ganu, kelate ada dialek dan maksud tersendiri.
Lain2 negeri pun samo...

Seperti indon butuh kebutuhan... Bagi kita maksudnya lain bagi mereka perlu, urgent..... Tidak butuh tidak perlu....

Anonymous said...

Azmin bagi 3 ja kerusi EXCO sbg isyarat.. 2 ekor barua pengkhianat PAS tu pecat la cepat sikit. PKR nak ambil jadi ahli.. pastu ADUN PKR jadi la 15.. ha ha ha...

Anonymous said...

Iti betul. Dua ekor tu jadi barua wan azizah. Batua sebab dia orang pas. Kalau dia orang pkt tak leh kata barua
.

Anonymous said...

Bukan barua...2 ekor tu beruk tua.
Tukang panjat kelapa muda..azizah nak minum

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.