Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS HANYA MENGIKUT RENTAK, PUKUL LA LAGI GENDANG !


Thursday, September 25, 2014

PAS Mahu 4 Exco: Tapi Siapa?

Anwar kata itu hak dan kuasa MB dengan perkenan Sultan, titik! Kita tengok kebijaksanaan Azmin menangani 'setia kawan stail PAS' ni pulak
PAS bertegas mahu 4 exco di S'gor mk - 11:29PM - 24 Sep 2014

PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau.

23 orang berkata:

Anonymous said...

Pas tidak sepatutnya,terus mengikut rentak. Paluan gendang sudah semakin sumbang. Gendang cina semakin lantang. Gendang melayu pkr juga semakin nyaring keangkohannya.
Masa telah tiba untok pas memalu gendang sendiri dan menari ikut irama sendiri.
Biar kita menari bersendirian daripa mengikut rentak yang sumbang dan membuat kita sumbang melangkah. Betapa pun kita lunak berbicara ,dasar kita tidak pernah diterima oleh dap. Betapa pun kita mengalah ,tidak akan menghilang keangkuhan pkr.
Ingat lah.
orang kafit tidak akan redha dengan islam selagi orang islam tidak mwmgikut jalannya. Dan yang tundok kpd. Kemahuan mereka sudah tentu dijulang. Sbb. Itu pkr disokong sepenuhnya dan pas di injak.
Mat sabu disayang ulamak dibenci.
So.ayuh lah pas. Kita palu gendang dan menari ikut irama sendiri. Masa telah tiba.

Anonymous said...

Masa untuk pas bergerak sendiri telah tiba.. So jangan ragu2 lagi.. Kita parti pas tidak mengejar jawatan,tetapi kalau kita dijadikan sebagai transit untuk mendapat kuasa dan kita tak diletakkan tempat yg sepatutnya maka sudah sampai masanya untuk kita sokong pas keluar pakatan,kerana merugikan pas.dan parti islam.

Anonymous said...

Sekarang kita boleh perhatikan dan lihat tindak tanduk parti kawan yg ada suara2 sumbang untuk mggunakan mb baru supaya dendam terhadap pas seperti mengurangkan kouta exco,mungkin 2 orang yg jadi broker dan barua diangkat jadi exco serta memilih exco lain selain 4 org yg dlu.. Majlis syura pas perlu membuat perbincangan panjang dan perlu memutuskan untuk tidak bersama pakatan lagi.. Kekuatan kita pas harap dibantu oleh allah swt..amin.

Anonymous said...

Kita biarkan dulu mereka nak buat apa.. Sebab mungkin majlis syura dalam buat kajian sampai masa nanti mungkin keluar juga pakatan rakyat dan bergerak dengan semangat baru sendirian.. Kerana pas disenangi semua rakyat..termasuk lalang atas pagar..

Anonymous said...

Cukoplah pas dijadikan alas kaki oleh dap dan pkr. Biarlah kita kalah tapi maruah terpelijara daripa menang,tapi sentiasa dihina. Memang sabar itu separuh daripada iman. Tapi jika sabar hingga ke tahap dayus,iti sudah terkeluar iman.kerana dayus menjerumus kepada kekufuran.
Tahlul siasi dibolehkan tetapi jika mwmbawa untong kpd. Islam
Tapi selama ini ,apa untongnya islam? Bagi sebahagian individu mungkin ada.
Dapat jawatan dalam glc pulau pinang.dan ada yang impikan jawatan bila anuar berjaya ke putra jaya. Dan puak puak inilah yang kuat mempertahankan PR.
TAPI JIKA SEMUA AHLI AKAR UMBI BERSUARA,DUA TIGA EKOR PELESIT DALAM PAS INI,PASTI HANCOR. Sekarang ini pun ,mereka sudah mula merasai kepanasan,dibakar oleh napsu mereka sendiri.
apa pun,kita mesti nyahkan mereka. Sebagaimana ungkapan yang selalu dibaca oleh tok bomoh dan tok pawang.
" yang dari bukit kita hantar ke bukit kalau dari laut,kita hamyut kan ke laut. Supaya tidak lagi membawa cening badi dalam tuboh badan ( masaalah)

Unknown said...

PAS ini nampak bengong sikit. Semasa kemelut MB tempoh hari, EXCO PAS sikit pun tak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong PKR. Kalaulah tidak kerana 2 DUN yang turut sokong PKR, berbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk PAS pegang MB Selangor. (Hasrat itu adalah real kerana PAS pun telah hantar calunnya). Hadi Awang pun terang2 cemuh PKP dan DAP dalam Muktamar baru ini. Jadi mereka ini tampal kulit apa dimuka sehingga tak malu membuat tuntutan tersebut.

XUMNO said...

Membaca kenyataan angkuh Zuraida, Ketuia Wanita PKR dan cemuhan Lim Guan Eng DAP, sudah membuatkan suhu darah kita orang Pas naik melambung. Dan Azmin yang dicalonkan oleh Pas merasakan tidak perlu memberikan peghargaan kepada Pas atas lantikan beliau.Inikah prinsip kerjasama yang dilaung2kan oleh PKR dan DAP?? Memang benar kata Pak Kar; gendang sedang dipalu oleh PKR dan DAP, harap2 jangan Pas terlena dengan alunan gendang mereka.Sekiranya Pas diandang sepi dalam lantikan Exco baru oleh Azmin; Pas wajib menunjukkan kewibawaannya dengan mengisytiharkan keluar Pakatan!! Kita boleh berdiri dengan sendiri. Kuatkan azam dan tekat; dan dengan pendirian tegas Pas dalam kemelut Khalid dulu, rakyat Selangor akan membantu Pas menerajui Selamgor dalam PRU14 nanti. Cukuplah Pas diperalatkan oleh "kawan2" dalam PR!

Anonymous said...

Yo mansor.. parti mana yg calonkan Azmin tu??? PKR ka DAP ka? nak kata boddo dah tua.. mungkin ko ni yg bengong! Kalau PAS tak calon nama Azmin bole ka dia jadi MB??? PKR mcm mansor ni sampai bila-bila pun akan bawa najis BN/UMNO.. GILA KUASA. dlm kepala lutut tu ingat nak memilikkan partikan harta negeri ja!

Anonymous said...

Toksah dok layan zuraidah ampang tu. itu ja tahap professionalisma pemimpin kanan PKR. Kalau camtu kroniknya pemimpin PKR.. pengikutnya mungkin mcm mansor tu la. Kalau dah hebat sangat toksah lantik langsung exco dari PAS. biar PKR DAP ja ambil semua.. dah jenis DNA tamak kuasa. Tengok ja la tahap pemikiran Azmin ni... sama tahap mcm zuraidah ni atau lebih cerdik. Apa saja yg keluar dari mulut zuraidah mcm loji kumbahan. Mungkin 'mulut bawah' tak disumbat cukup-cukup nafkahnya.. jadi mulut atas mula memekak.

Anonymous said...

Kami penyokong pas menerima.sepenuh keputusan syura...kita berjuang seperti dulu
Takbir 3 x

Basar said...

Apa bodohnya, yang cadang parti yang perkenan DYM tapi Yang Putuskan Allah S.W.T

Rezeki yang melalui gaji exco telah ditetapkan, maka sapa jadi exco atau adun atau mb sebab sudah tertulis rezeki dia lalu kot gaji exco gaji adun gaji mb.

Basar said...

Jika anda azmin adakah anda akan membiarkan diri anda dikelilingi oleh exco remote control anwar dan lge.....

Atau anda akan pilih sekurangnya 6 exco yang anda tahu, penyokong anda.
Sudah pasti anda akan pilih kawan anda sebagai exco dan mereka yang telah terbukti setia sbg cth exco pas yang dahulu. Mereka setia pada tski walaupun exco pkr dan dap tidak. Jika azmin dipecat daripada pkr, exco2 inilah yang akan setia di samping beliau.

Jika, Mohon Ampun DYM ini andaian sahaja, anda adalah DYM adakah anda akan melantik exco yang mana diketahui derhaka kepada DYM.
Jika mereka dilantik bukankah itu satu musibah, melantik orang yang derhaka ibarat mengalakan lagi penderhakaan.

Fikirkan, YAB Azmin bukanya bodoh. Beliau pastinya tidak mahu dikongkong oleh dap dan pkr.

Anonymous said...

Beginilah yang kita mahu dari oran pas. Kita diam bukan bererti kita takut. Kita ikut bukan beeerti kita tedha. Tapi kesabaran adalah benteng kita.
Sekarang ,diam kita di katakan kita lemah. Kita nengikut dianggap kita boleh dipwrbodohkan.
lihatlah ,apabila kita meletop ,kita akan jadi pejuang yang tegar. Semua bangkit dalam satu nada.
Kepada pelesit pelesit dalam Pas. Kamu lihat apa yang mampu ahli akar umbi lakukan. Kami sokong presiden dan saf ulamak,bukan kerana ianya beenama haji hadi. Dan bukan kerana gelaran ulamak. Tapi kami sokong kerana mereka tidak lari daripada asas peejuangan PAS. JANGAN ANGGAP KAMI DIAM,KERANA KAMI BODOH.
AYUH..AHLI PAS SEMUA. BANGKIT DAN NYATAKAN BAHAWA KITA TIDAK RELA MARUAH PAS DI INJAK INJAK.
TAKBIR XXXXXXX

Anonymous said...

Kita harap majlis syura memutuskan dalam masa terdekat,apakah perlu lagi tahalluf bersama parti2 yg bertuhankan akal dan nafsu ini apakah selama ini pas tidak berjasa langsong bagi pakatan,?sudah lama kita bersabar dengan angkara bekas2 pemimpin umno ini yg sekarang ini menubohkan pkr,sehingga kita pas bercakaran sesama angkara permainan mereka mohon majlis syura mengkaji balik tahalluf ini kami tetap akan walau hati terasa pedih kerana sesekali kami tidak diajar menderhakai pimpinan kami walau pun setakat tamat darjah enam sahaja

Unknown said...

air max uk
minnesota vikings jersey
hollister
carolina panthers jerseys
green bay packers jerseys
indianapolis colts jersey
lacoste pas cher
eagles jerseys
giuseppe zanotti shoes
celine outlet
bengals jersey
miami dolphins jerseys
new york knicks
baltimore ravens jerseys
puma outlet
green bay packers jersey
salomon shoes sale
jordan 13
los angeles lakers
lions jerseys
mac cosmetics
raiders jerseys
jordan 11
nike free run
miami heat jerseys
supra shoes sale
washington redskins jersey
air jordan 11
chicago bulls
miami dolphins jersey
vans outlet
redskins jerseys
new balance shoes
texans jerseys
san diego chargers jerseys
fanfan20160627

chenmeinv0 said...

true religion jeans
louis vuitton handbags
louis vuitton purses
coach factory outlet
ray ban outlet
michael kors outlet
air max uk
coach factory outlet
true religion
ray ban glasses
20171.11chenjinyan

Unknown said...

michael kors handbags
instyler max 2
nike tn
coach factory outlet
fitflops sale clearance
mbt shoes online
nike factory outlet
mont blanc pens outlet
cardinals jersey
coach outlet

Obat Untuk Mengatasi Ruam Di Kulit said...

Good article, thanks for sharing

Pengobatan Atasi Radang Pita Suara (Laringitis)
Pengobatan Untuk Menghancurkan Batu Empedu
Pengobatan Untuk Mengatasi Difteri
Obat Untuk Menghilangkan Benjolan Di Leher
Pengobatan Atasi Fibrosis Paru

Pengobatan Untuk Mengatasi Infeksi Rahim said...

Thanks for sharing the information

Pengobatan Atasi Blefaritis
Pengobatan Untuk Menyembuhkan Radang Ginjal
Obat Cholangitis (Infeksi Saluran Empedu)
Tips Untuk Mengobati Gondongan
Pengobatan Untuk Mengatasi Pembengkakan Usus

Pengobatan Alami Hilangkan Benjolan Di Tubuh said...

Article very interisting, thanks for sharing information

Tips Mengobati Bidai Tulang Kering
Cara Mengobati Sistitis Sampai Tuntas
Tips Untuk Mengobati Pembengkakan Hati
Solusi Yang Tepat Cara Mengobati Dispepsia
Pengobatan Radang Paru-Paru Basah (Pneumonia)

Afgan said...

I can only express a word of thanks. Because with the content on this blog I can add knowledge I, thank has been sharing this information. Do not forget to visit our website to share information and knowledge about health. |
cara menghilangkan kejang anak |
Cara Mengobati Sariawan Di Lidah |
PUSAT HERBAL TASIKMALAYA |
Cara Menghilangkan Varises

Aulia said...

arly-age marriage it's better not to happen but white love proves two people cannot be separated

Obat Kista Ganglion
Obat Hernia
Obat Penyumbatan Pembuluh Darah Jantung
Obat Mata Minus
Cara Mengobati Keputihan

New Pak Tv said...

Pinoy Tv Recap
Pinoy Lambingan
Kissasian
Bigg Boss 14

Pinoy Tv Replay

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.