Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK-MUDA MEMANG NAMPAK TAPI ADA YANG MEREKA TIDAK NAMPAK ....

Sebaiknya  kita boleh selesaikan perkara yang kusut, tidak ada masalah yang tidak dapat di selesaikan, asalkan kita perlu melakukan puasa Maryam,  Wahai anak muda ! kamu tahu tak ? Apabila Azmin Ali hendak di lantik, pada awalnya PAS bersikap terbuka dan menerima, selepas perlantikan ketika ura-uran nak memilih Exco, boleh kamu fikir siapa yang memulakan penghinaan ? dengan cadangan yang menyakitkan hati, ini kamu tak nampak ? Selepas itu DAP pula terus melebel 4 Exco PAS sebagai pengkhianat ? Ini kamu tak dengar dan tak nampak ? Tapi masa itu mengapa kamu diam ? kenapa kamu tak suruh cool ?

Rentetan dari peristiwa itu PAS memang lambat membuat tindak balas, inilah masalah yang ada pada PAS, namun semasa PAS di herdik sepatutnya kamu bersuara, tapi kamu terus berdiam, Mengapa ? nampaknya kamu berat sebelah ! adakah ini adil ? Bukankah baik jika selepas keputusan istana memperkenan Azmin Ali sebagai MB semuanya senyap dulu, apa yang tak kena jangan buat kenyataan terbuka yang boleh mengeruhkan suasana, namun itulah yang berlaku bertimpa-timpa. seruan kamu sebagai anak muda jika hendakkan PAS keluar pakatan maka sebenarnya kamu tiada kuasa, apa yang lebih baik bagi kamu berjumpalah dengan  orang yang berautoriti dari DAP dan PKR, suruh saja mereka tendang PAS dari PR - Pak Karamu

 

Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI

9 orang berkata:

Anonymous said...

Ehsannn Bukharee ni varua ka apa? Ko hantar la memorandum kat PKR DAP supaya tendang PAS dari PR. ada berani ka??! aku nak sangat Parti DAP PKR barua tu tendang PAS. tapi barua-barua tu takkan berani punya. PAS keluar PR.. PKR kompom lingkup. Ehsann Bukhareee ni ingat Nuar ni boddo cam dia ja. Bangang punya lensa!

Anonymous said...

Sapa pulak budak budak ni? Dari mana pulak timbul ngo ni?
Yang peliknya hanya PAS di salahkan. Nampak sangat budak budak ni , penjilat anwar.
Mana pemuda PAS. Ini lawan pwmuda PAS sebenar. Anwar dan lim guan eng serah kpd. Kami orang dewasa.

abuamir said...

Jgn dok perasan PAS kuat sangat hingga terasa tanpa PAS, PR akan bungkus. Ingat rakyat tolak umno/bn tak kiralah sesiapa yg bersekutu dgnnya pun rakyat tolak. Apa penyokong PR tidak penting pd PAS, ingat ahli PAS ada lebih dari satu undi ke? Semua pengundi ada satu undi sahaja kecuali umno/bn ada pengundi hantu.

Keluarlah PAS dari PR kalau dah rasa hebat sangat, jgn jadi anai2 merosakkan PR. Pergi kelaut jadi nelayan lah wei..........

Anonymous said...

Lensa ni bukan sahaja bangang bro... ada 4B ngan grup ni.. BAHLOL BENGONG BINGAI BODDO. Sblm tuduh PAS mula 'perang' kaji la dulu siapa buat bom dulu. PKR! Buat keputusan Langkah Kajang ikut suka kepala lutut dia ja. Tadak pulak bangang kata membelakangkan semangat Pakatan. Sebab dia Nuar brahim kan.. insan kamil lagi mutakammil! Pastu lantik Azizah untuk jadi MB.. ada bincang ngan PAS sbg ahli PR... tadak pun. sendiri ikut nafsu. Ada ka orang kata PKR tak ada semangat pakatan. Tadak! sebab yg buat keputusan tu nuar brahim ceruk tok kun! MB baru dah lantik... DAP mula serang PAS.. hok yg suam dah menggelegak kembali. ada org kata DAP tak hormat PAS... tadak. Sbb yg cakap tu LGE.. 'Umar Abd Aziz' PR. Cissss.. LGE tadak tokoh langsung berbanding Khalifah Umar Abd Aziz. TSKI berurusan ngsn EcoWorld korang gelar khianat.. DAP Pulau Pinang jual tanah Pulau Pinang kat EcoWorld nilai hampir 1billion korang panggil bisnesss. Pandai korang.... Kalau PKR DAP betul-betul hebat, dah yakin PAS salah langgar perjanjian dah lama PAS ni ditendang keluar PR. Tp ini tak berlaku sbb puak tu mcm Najib Rosmah... takut hilang undi! PAS yakin tak buat salah sbb tu dia tak keluar. PAS berhalluf atas semangat jatuhkan BN bukannya berkaitan Dasar PAS!! Lensa kena buat analisis terperinci dgn pelbagai sumber rujukan dan maklumat. baru ler bole dabik dada kata wakil pemuda. setakat gas +air kimia water cannon tu aku dah lama kena... sejak tahun 1990 lagi.... toksah dok dabik dada kata wakil pemuda!!!

Anonymous said...

TahniahTokong dan Ketum dah pukul gendang perang. Hantar budak suruhannya utk tunjuk belang. Macai semua senyum lebar. Abg Mat Gebu... bg lah resipi

Anonymous said...

Pas berjuang lama dah...org berjuang x Sama mcm pkr & dap...roh perjuangan pas telah disemai...sejak tertubuhnya pas...gerakkerja pemuda pas jauh berbeza dgn parti lain...kami keluarkan duit sendiri utk berjuang...kami berjuang krn nak tegakkan hukum allah...pkr berjuang krn dendam anwar pd BN...dap berjuang utk kuasa....apabila anwar dan keluarga mati...maka pkr pun akan mati...

Anonymous said...

Yang tua tidak nampak dam melihat

Anonymous said...

* Yang tua tidak nampak dalam melihat

Anonymous said...

Anon 2.50 am....terbaekkkk...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.