Rabu, 3 September 2014
MAI BACA SAJAK UST DIN SAT
PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka
Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka
Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita
Puaka diusung Jelata disita
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu
Lupa Sengsara Semalam ditipu
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
4 orang berkata:
Woi lebai borang masuk umno dah isi ke belum??? Tengok muka budak lebai ni nampak umno macam nak pelempang....
bau tong taik umno pun tak habis lagi melekat di badan, ada hati nak pelempang orang
Woi Anonymous 10.57.Sebab bau tong taik Umno tu lah yang mau melempang orang kerana beliau tak mau lebai tu jadi Umno nanti lebai tu lagi teruk bau taik,kau pun macam bau taik lebai je
X payah dok cite2 baca ja..x suka padam..suka teruskan.
X pyh Komen kite semua ni bukan pandai sgt nak komen2
Post a Comment