Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHALUF SIASI YANG LONGGAR DI AKUI OLEH PAS


AKIBAT PERATURAN YANG LONGGAR MENYEBABKAN SAKIT YANG TIDAK SEBARANG TANGGUNG, SEMUA PARTI-PARTI DI DALAM PR MUNGKIN  AKAN LEBIH BAIK SELEPAS INI ATAU HANCUR BERDERAI MEMBAWA HALUAN MASING-MASING, 

SETIAP PARTI MEMPUNYAI PRINSIP MASING-MASING DAN PERLU DI HORMATI. KERETAKAN DI DALAM PR MUNGKIN BERMULA DARI CITA-CITA PAS MAHU MELAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN, DI SINILAH BERMULANYA KERETAKAN  APABILA HASRAT PAS DI TENTANG OLEH RAKAN, ERTINYA SUDAH BERMULA PRINSIP PERJUANGAN PAS SUDAH TIDAK DI HORMATI

PARTI PAS TIDAK BOLEH MENGUBAH DASAR PERJUNGANNYA KERANA IA MELIBATKAN HUKUM YANG MENGAMBIL KIRA DOSA DAN PAHALA DI DALAM BERAGAMA DI DALAM PERJUANGANNYA, HANYA KAWAN-KAWAN DI DALAM PR SAHAJA YANG PERLU BERTOLAK ANSUR, NAMUN IANYA TETAP GAGAL, INI MENUNJUKKAN DASR ISLAM YANG DI BAWA OLEH PAS TIDAK DAPAT PULA DI TERIMA OLEH RAKANNYA

JALAN PENYELESAIANNYA IALAH BERPISAH SAHAJA JIKA ITU MEMBAWA YANG TERBAIK UNTUK SEMUA - Pak Karamu

Isnin, 22 September 2014

Pergeseran heret reputasi pimpinan PR ke tahap membimbangkan - AMK

Pergeseran heret reputasi pimpinan PR ke tahap membimbangkan - AMK
KUALA LUMPUR: Gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dari kerjasama antara parti politik PAS ,DAP dan PKR perlu kembali menghayati semangat kebersamaan dan musyawarah seperti yang telah dipersetujui di awal pembentukannya.
Timbalan Ketua Angkatan Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan berkata, kerjasama politik atau tahaluf siyasi haruslah juga berlandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan.

Ia bagi memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan di Malaysia dalam kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau merujuk kepada pandangan serta kritikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar PAS pada Sabtu.

Menurutnya sewajarnya semangat dan matlamat itu digarap dan dihidupkan semula demi memulihkan kembali hubungan dua hala yang kini kelihatan keruh di antara parti PAS, DAP dan KEADILAN.

Afif memberi contoh beberapa isu yang berbangkit sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk masalah pertindihan kerusi di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Kajang Move, hudud dan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor telah mengakibatkan perbezaan pendirian di antara parti-parti.

Ia katanya telah bertukar menjadi krisis dan pergeseran terbuka sesama pemimpin. Ini seterusnya mengundang tafsiran serong di mata rakyat serta menjejaskan reputasi para pimpinan Pakatan Rakyat ke tahap yang cukup membimbangkan.

Justeru, beliau meminta Pakatan Rakyat agar segera mencari titik persamaan dengan kembali ke meja rundingan dan mengangkat semangat muafakat sebagai teras untuk mengukuhkan semula kerjasama mereka.

“PAS, DAP dan KEADILAN perlu bersatu dan kembali kepada mauduk asal Pakatan Rakyat iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebebasan demi membentuk sebuah negara Malaysia yang gagah,

“Pakatan Rakyat juga perlu memulakan inisiatif baru dengan mengalu-alukan penglibatan parti-parti politik lain di seluruh negara termasuk parti-parti dari Borneo untuk berganding bahu untuk berhadapan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.

Hadi pada Sabtu mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) partinya di Selangor.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau berkata ada pihak yang memujuk ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. 
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pkr angkuh dgn merasa dia jer yg betul. Ahlinya ganas dan biadap. Lebih teruk dari UMN0. Pas pula mudah diperdaya oleh dunia. DAP juga yg fikir masa depan anak bangsanya dan bgm nak jahanam islam dan melayu. Tunggulah setelah semuanya musnah barulah melayu sedar mcm melayu singapura

Anonymous said...

Ya betul 2.. Melayu singapura hidup di asing kan dan dalam tekanan juga.tapi masa tu umno lah ada kuasa,dan melepaskan singapura kepada cina.. Kerana tidak mempertahankan negeri pulau selatan tanah air itu.. Kenapa jadi begitu? Habis dah malaysia tanah rezab melayu tinggal 12% saja lg,ini smua kerja bt umno/bn krajaan kini dan selamanya.. Dimana kita..melayu..

Anonymous said...

Pkr buat taik pas tukang cuci bn/umno tuksng gelak dan dap tukang tengok memang yang bodoh sombongvpkr yg diterajui oleh dsai

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.