PKR tidak bersedia untuk PRK Permatang Pauh
GEORGETOWN - PKR Pulau pinang hari ini mengaku parti itu tidak pernah
bersedia untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh kerana
menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bebas daripada sabitan
kesalahan meliwat.
Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata sebelum ini, parti itu yakin Anwar yang merupakan ketua umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh akan menang dalam kes rayuannya.
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya Pulau Pinang berkata segala persiapan parti sebelum ini adalah untuk menghadapi PRU14.
"Sekarang kami menukar mood persiapan untuk menghadapi PRK Permatang Pauh dan yakin parti akan mampu mengekalkan majoriti kemenangan lepas," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Selasa lepas, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000. -Bernama

3 orang berkata:
Tiada perancangan yg proakif dan tiada kontijensi plan. Itulah gambaran negatif yg disuarakan oleh pkr P.Pinang yg boleh diandaikan. Tindakan tak sehebat laungan. Amat dikesali, hanya sekadar bergantung harap dgn keyakinan jumlah majoriti p/raya lalu.
Sebenarnya persiapan dah menjangkaui ke PRK 14, kalau dah gitu, lebih dari pilihan raya kecil pun mereka dah sedia
PRK 14? Atau PRU 14.
Post a Comment