Himpunan kurang dapat sambutan
- Peserta perhimpunan berarak dari Jalan Tunku Abdul Rahman hingga Pudu Sentral dengan melaungkan 'Reformasi, Bebas Anwar,' semalam.
KUALA LUMPUR - Perhimpunan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dinamakan #KITALAWAN yang berlangsung di hadapan kompleks
beli belah Sogo, semalam, dilihat kurang mendapat sambutan.
Dianggarkan ratusan penyokong Anwar berpakaian serba hitam berkumpul di
hadapan pusat membeli belah itu sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan
‘Bebas Anwar’.
Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian
daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi
membebaskannya daripada hukuman penjara.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang menghadiri perhimpunan itu berkata, beliau berharap himpunan tersebut akan diteruskan dalam usaha menggalakkan reformasi yang lebih besar.
“Ini mesej jelas bahawa anak muda mahu bangkit, tidak mahu lagi berada di bawah kerajaan yang kejam,” katanya dalam ucapan beliau.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.
Kelihatan beberapa anggota polis mengawal keadaan sebelum perhimpunan bersurai secara aman pada jam 6 petang.

2 orang berkata:
Mana pi Pasma, anak yang dilahirkan dari rahim pas? Siapa bapaknya? Tak tau.
Mana pi cina Dap,yang selamanya kuat jadi batu api supaya melayu merusoh?
Jangan ditanya kemana anaj Muda Pas pi. Tanya,apa yang kau orang telah buat kepada Pas.
Anwar cuba menghancor Pas melalui barua barua nya dalam Pas. Sekarang mereka sudah mula menyembunyi kepala setelah riwayat politik anwar tamat. Tapi punggong tertonggeng nampak.
Ahli pas akan pastikan barua barua Anwar dan Dap dalam pas di bungkus dalam muktamar akan datang.
Suruh phahrolrazi mengetuai perarakan dan bawa penyokong pasMA . Kita nak tengok brapa ramai penyokong pasMA. Dap aduwwullah waaduwwakum menyembunyi diri....sama peranan dgn yahudi dizaman nabi...hasut tentera islam dlm perang uhud...lepas sembunyi diri.
Post a Comment