Rakyat Malaysia dari beberapa puak dan kaum sudah boleh berfikir dengan matang, bukan menjadi rakyat yang menjadi pak turut dan bingung berfikir, apa yang di katakan dan di hamburkan dari mulut sesiapa juga maka kita mudah di fahami
Kenyataan tawaran kepada PKR timbalam perdana menteri dan 4 menteri sudah di nafikan oleh ahli majlis tertinggi UMNO Dato Sohaimi Shahadan, kita sebagai rakyat biasa yang muflis daripada segala maklumat tentunya mahu maklumat yang tepat dan benar
Selepas penafian ini, kita sebagai rakyat Malaysia mahu mendengar apa pula pandangan PKR tentang penafian ini ? Kita nak tahu siapa yang memberikan tawaran dan di antara siapa dan siapa serta di mana ? Kerana tawaran yang sebegini bukan suatu isu yang kecil dan remeh, ia boleh menghuruharakan kepercayaan rakyat terhadap pendirian perjuangan atau adakah kenyataan tawaran itu suatu muslihat politik ? Jika muslihat politik ia sangatlah dangkal dan membuang masa serta suatu berita murahan yang tidak sepatutnya menjadi isu yang di tanggung oleh rakyat - Pak Karamu
Nurul Izzah, cukup-cukuplah berbohong
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan
menasihati Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhenti berbohong
mengenai dakwaan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditawarkan
jawatan timbalan perdana menteri selepas pilihan raya umum 2013.
Sohaimi berkata, tidak ada faedah untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai
itu mereka-reka cerita semata-mata untuk menarik simpati rakyat terhadap
bapanya yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan
meliwat pembantu peribadinya.
"Ini bukan kali pertama Nurul Izzah berbohong. Sebelum ini dalam setiap
ceramah beliau penuh dengan pembohongan dan fitnah. Modus operandi yang
sama digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk mendapat perhatian rakyat.
"Cukuplah rakyat Malaysia diperdaya. Rakyat sudah muak dengan segala rektorik kosong politik gaya PKR ini," katanya, semalam.
Sohami berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan Nurul
Izzah yang telah di sebarkan melalui media sosial bahawa Anwar telah
ditawarkan jawatan nombor dua dalam kerajaan Barisan Nasional (BN)
selepas PRU13.
Nurul Izzah dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam
Sabtu, dilaporkan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
telah menawarkan jawatan tersebut kepada bapanya dengan syarat Anwar
bersetuju untuk ‘mengabaikan’ rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Nurul Izzah berkata Anwar kononnya menolak tawaran itu.
Sohaimi berkata, sistem demokrasi dan cara yang diamalkan di Malaysia
tidak memungkinkan individu dari luar tiba-tiba dipilih menjadi
timbalan perdana menteri, tambahan pula dari parti pembangkang.
"Nurul Izzah jangan memperbodohkan rakyat Malaysia. Kita semua tahu
sistem pilihan raya umum dan pemilihan dalam parti yang menentukan
hierarki adalah kaedah yang diguna pakai di Malaysia. Mana mungkin
tiba-tiba Anwar boleh muncul menjadi TPM?" katanya.
Secara sinis Sohaimi berkata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi dan itulah kaedah dan cara politik Nurul Izzah yang diwarisi
daripada ayahnya.
"Kenyataan Nurul Izzah itu hanya retorik politik pembangkang. Mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, jadi itulah taktik dan cara politik
Nurul Izzah yang diwarisi daripada Anwar.
“Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik antaranya
apabila ia berkata, ia berbohong. Tindakan Nurul Izzah ini tidak lain
hanya menarik perhatian rakyat untuk meraih simpati selepas PKR dan
Pakatan Rakyat dilanda pelbagai masalah," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment