Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRK PERMATANG PAUH

Permatang Pauh: SPR tunggu tempoh 14 hari berakhir
  • Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
1 / 2
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu tempoh 14 hari berakhir pada 24 Februari ini sebelum menentukan status terkini bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu menunggu penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau membuat semakan kehakiman terlebih dahulu.

"Sehingga 24 Februari ini, jika tiada rayuan, jadi SPR akan mengadakan mesyuarat khas selepas itu.


"Tetapi jika adanya rayuan, kita tidak pasti bila tarikh penamaan calon atau pilihan raya kecil kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah atau YDP Agong, buat masa ini kita dahulukan Dun Chempaka dulu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas cadangan supaya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam t‎empoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman kes liwat II kepada YDP Agong untuk pembebasannya.


Dalam tempoh itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang masih kekal sebagai wakil rakyat sehingga 24 Februari ini dan sehingga itu beliau boleh mengemukakan petisyen pengampunan tersebut.
 
Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

 
Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

 
Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.


Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.


PRK Dun Chempaka 22 Mac



  • SPR

  • 1 / 1


    PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan 22 Mac depan sebagai tarikh pembuangan undi bagi kawasan Dun Chempaka, Kelantan.
     
    Katanya, keputusan itu dicapai selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Kelantan berhubung kekosongan kerusi N06 Dun Chempaka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.
     
    "Berikutan itu SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini.
     
    "SPR telah menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR pada 13 Februari 2015 bagi mengisi kekosongan kerusi itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.
     
    Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelatan, kira-kira pukul 9.40 malam pada 12 Februari lalu.
     
    Bekas Menteri Besar Kelantan itu yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan sejak 20 Januari lalu.
     
    Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata lagi, tarikh penamaan calon bagi PRK N06 itu ditetapkan pada 10 Mac manakala tarikh pengundian awal pula pada 18 Mac depan.
     
    Beliau berkata lagi, pilihan raya bagi kawasan tersebut membabitkan belanjawan sebanyak RM810,000 yang akan dikendalikan oleh seramai 403 orang petugas pilihan raya.
     
    "Sebanyak 10 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut.
     
    "Sebanyak sembilan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang keseluruhannya akan mengandungi 42 saluran tempat mengundi," jelasnya.
     
    Tambah beliau, pada pilihan raya tersebut, SPR telah melantik Timbalan Ketua Jajahan Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Ibrahim Bakri Mat Deris sebagai pegawai pengurus pilihan raya kali ini.

    0 orang berkata:

    free counters
     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.