Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAS,AWAS, AWAS !

Awas ! apabila ada golongan yang mahu mengheret PAS ke jalan SEKULAR, maka pejuang islam perlu cepat buka mata, tak kira sama ada ia datang dari luar dan dalam parti. Bukan senang hendak laksanakan peraturan islam, kerana mesuh islam datang dari sekeliling pinggang dengan penuh muslihat dan dan tipudaya

Golongan SEKULAR yang perjuangan mereka berasal daripada barat sentiasa mengintip kelemahan dasar islam, andainya pejuang-pejuang islam leka dengan pengaruh kemenangan dan jawatan tanpa mengambil kira soal dosa dan pahala maka islam dan dasarnya akan terkubur dengan sendirinya - Pak Karamu

 PAS dan keunikan memilih pemimpin


PAS semenjak ditubuhkan oleh ulama dan agamawan pada tahun 1951,gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sambutan masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Oleh kerana PAS meletakkan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai sumber rujukan, golongan ulamalah yang paling akrab, terkedepan dalam menerangkan dasar dan matlamat perjuangan PAS kepada masyarakat.

Namun di sana juga ada pembicara yang dapat menerangkan fikrah perjuangan PAS dengan baik daripada kalangan aktivis dan profesional, tetapi secara umumnya, golongan ulama lebih terkedepan dalam mengisi program dalam masyarakat. Kelibat mereka sentiasa muncul dalam program-program hari kebesaran Islam dan jaringan mereka dengan masyarakat agak rapat kerana kebolehan menyampaikan kuliah, berkhutbah, membaca doa selamat, mentahnik bayi, menyempurnakan jenazah, bertahlil dan sebagainya.

Tanpa paksaan masyarakat terutama ahli PAS meletakkan mereka pada tahap yang mulia sesuai dengan ilmu, partisipasi dan kebolehan yang ada pada mereka. Di peringkat cawangan dan kawasan, para asatizah ini lebih tertonjol berbanding kelompok profesional mahupun aktivis.

Namun ini bukanlah faktor mutlak, jika perhatikan apa yang berlaku di peringkat akar umbi PAS semenjak pengenalan kepimpinan ulama sehinggalah sekarang, peluang yang agak seimbang untuk semua kelompok.

Mengikut pengamatan saya dalam dua dekad ini sebagai aktivis PAS, latar belakang pengajian Islam dalam (ulama), profesional mahupun aktivis bukanlah menjadi isu dalam menerajui kepimpinan PAS di semua peringkat.

Di peringkat PAS Pusat juga berlaku trend yang sama, walaupun media BN sentiasa melagakan isu pertembungan ulama-profesional terutama menjelang pemilihan muktamar, namun perwakilan begitu bijak dalam menentukan komposisi jawatan kuasa Pusat.

Pada sesi lepas dua daripada Naib Presiden daripada latar belakang aktivis, hanya seorang daripada latar belakang pengajian Islam. Dalam jawatan kuasa PAS Pusat pula tiga kelompok ini diundi dengan seimbang oleh perwakilan.

Presiden PAS juga bijak menyeimbangkan komposisi pimpinan PAS, telah menjadi kebiasaan  untuk AJK lantikan selepas pemilihan, kalangan yang dilantik adalah daripada latar belakang pemikir, profesional dan aktivis parti. Kaedah yang sama juga digunakan dalam pemilihan calon pilihan raya, kabinet bayangan PAS di peringkat Dun dan Parlimen diseimbangkan daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Ahli-ahli PAS sudah terlalu matang dalam membuat penilaian, jangan perlekehkan kewibawaan dan tahap intelektual ahli-ahli PAS. Mereka akan memilih kepimpinan yang mampu membuat kerja, membangunkan organisasi dan yang tidak membina jarak di antara pemimpin dengan pengikut. Paling penting ahli-ahli mula menapis pimpinan daripada kilang tajnid PAS untuk memastikan manhaj perjuangan gerakan Islam ini terpelihara. Juga pimpinan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam kerangka adab berjemaah.

Menarik dan berwarna warni dalam penentuan pimpinan diperingkat akar umbi kali ini ada calon Yang Dipertua PAS kawasan yang berlatar-belakangkan pendidikan Islam yang meyakinkan, tetapi kerana dilihat kurang berfungsi maka perwakilan memilih kalangan aktivis ataupun profesional sebagai Yang Dipertua PAS kawasan. Begitulah sebaliknya. Dengan sejuta lebih ahli, PAS mempunyai tenaga dan sumber manusia yang lumayan bakat, minat dan kebolehan.

Semenjak dekad 80-an, begitulah trend yang ada dalam PAS. Namun saya tidak menafikan di kawasan 'Malay-belt', ahli-ahli PAS lebih gemar mengangkat para asatizah sebagai pimpinan PAS kawasan dan cawangan. Ini mungkin berpunca daripada kelebihan ilmu agama dan euphoria desa yang lebih mesra dengan program berorientasikan KBSM (kenduri, bersalin, sakit dan mati).

Pasca muktamar juga menarik, menjadi amalan  dalam Dewan Pemuda PAS Pusat selepas muktamar, apabila barisan exco yang dilantik oleh perwakilan terdiri ramai kalangan penceramah dan kelompok ustaz, maka exco lantikan akan dipilih daripada kalangan profesional, pemikir muda dan aktivis tegar bagi menyeimbangkan organisasi dengan kepakaran dan tenaga yang seimbang.

Dekad 80-an juga yang menyaksikan transformasi kepimpinan. Dalam Dewan Pemuda Pusat juga ramai kalangan profesional membarisi pimpinan PAS, nama-nama tersohor seperti Dr. Ir. Mustapha Kamal Shahrom, Dr Wan Nik Wan Yusuf, Ir. Mustapha Kader, Sheikh Abu Bakar dan lain-lain lagi tokoh profesional.

PAS terus bergerak memacu ummah dan pastinya pimpinan yang kompeten serta menjiwai suansa perjuangan diperlukan untuk membarisi saf pimpinan. Ulama, aktivis dan profesional yang melalui proses tajnid adalah aset utama jamaah. Jauhi intriq dan polemik kerana ianya tidak membantu melahirkan pimpinan yang hebat. -HARAKAHDAILY 27/4/2015
Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.