Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR TAK LAYAK MENGUNDI MENGIKUT ARTIKAL 119(3)(A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ?



Monday, April 27, 2015


Anwar Ibrahim dah tak layak mengundi kata SPR



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini berkata, sebagai banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengundi.

 
"Jika ikutkan Artikel 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang kelayakan untuk membuang undi pada pemilihan ini.

 
"Artikel itu jelas menyebut bahawa seseorang individu hilang kelayakan sebagai pengundi dalam mana-mana pemilihan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika sedang menjalani hukuma penjara.

 
"Maka, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan hari ini," katanya.

 
Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam meminta Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun dibenarkan mengundi pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

 
Kata Nurul Izzah, ia merupakan susulan daripada rancangan Kementerian Dalam Negeri yang mempertimbangkan untuk membenarkan banduan melaksanakan hak mengundi. - Malaysia Gazette.




2 orang berkata:

Anonymous said...

Hang pun Aziz tak layak jadi pengerusi SPR, hampeh

Anonymous said...

Patut kerusi prmtg pauh bagi kat dap...sbb dap & pkr sama ja ....dua2 tolak hudud.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.