SPR gembira peratusan pengundian awal tinggi
ROMPIN - Sebanyak 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi
awal menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Rompin hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau gembira dengan peratusan keluar mengundi itu yang disifatkannya sebagai antara yang paling baik dicatatkan pada pengundian awal sesebuah PRK.
"Saya juga bersyukur kerana proses pengundian hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau juga berharap peratusan yang tinggi juga dapat dicapai pada hari pengundian biasa pada Selasa ini, melibatkan 52,744 pemilih berdaftar.
"Kerajaan negeri Pahang juga mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk memudahkan pengundi Rompin keluar mengundi. Jadi saya berharap mereka akan keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.
Empat pusat pengundian awal ialah Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.
Semua pusat pengundian dibuka pada 8 pagi, sebelum pusat pengundian di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek ditutup pada 2 petang kerana jumlah pengundi yang kecil di situ.
Pusat pengundian di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin pula ditutup pada 5 petang.
Proses pengundian awal itu disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR dengan kebenaran daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Peti undi itu akan disimpan di lokap IPD Rompin dan proses pengiraan akan bermula 4 petang pada hari pengundian Selasa ini.
PRK Rompin menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon Pas, Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment