600 maut di Nepal
26 April 2015
KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 600 orang maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegar barat Kathmandu, Nepal, semalam.
Menurut laporan BBC, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran gempa bumi itu dirasai hingga ke kawasan utara India dan Pakistan.
“Setakat ini 600 orang disahkan terbunuh dan angka kematian mungkin bertambah” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal.
Dalam pada itu, beberapa bangunan bersejarah di Dataran Durbar musnah akibat gempa tersebut.
"Sebuah menara sembilan tingkat yang dibina pada abad ke-19 telah musnah," kata wartawan yang berpangkalan di Kathmandu, Umesh Shreshta.
Sementara itu, gempa turut mencetuskan runtuhan salji di kawasan gunung Everest.
Kementerian Pelancongan Nepal berkata, sekurang-kurangnya 10 pendaki terkorban.
Laporan CNN (sehingga pukul 10 malam) melaporkan angka kematian meningkat kepada lebih 700 orang dan berpuluh mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
0 orang berkata:
Post a Comment