• Saintis sudah ramal gempa bumi Nepal Mangsa gempa bumi Nepal.
1 / 1
KATHMANDU - NEPAL . Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di Nepal meningkat ke 5,020 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.
  
Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Balbhadra Giri, jumlah itu adalah bagi mayat yang dikeluarkan setakat Rabu petang sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624.
  
Ketika kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat, mangsa-mangsa menuduh kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.
  
Mereka menunjuk perasaan pada Rabu di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan dalam operasi menyelamat dan melakukan pemulihan.
  
Mereka mendakwa Perdana Menteri, Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas prestasi yang lembab. - Bernama