Saintis sudah ramal gempa bumi Nepal
KATHMANDU - NEPAL. Hampir 50 saintis gempa bumi dan sosial dari seluruh
dunia yang hadir ke Kathmandu minggu lepas sudah meramalkan kejadian
tersebut.
Menurut Al-Arabiya, kehadiran kumpulan saintis tersebut bertujuan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan penduduk di kawasan tersebut.
"Ia adalah mimpi ngeri yang akan terjadi," kata Seismologist, James Jackson.
"Secara fizikal dan geologi, apa yang terjadi adalah seperti yang kami ramalkan," tambahnya.
Menurut Jackson, beliau tidak menyangka gempa bumi akan melanda Kathmandu dengan cepat.
Tambahnya lagi, kesan gempa bumi di Kathmandu juga disebabkan 'perbuatan manusia'.
"Bangunan yang membunuh (mangsa gempa bumi), bukan gempa bumi.
"Jika kita tinggal di padang pasir, gempa bumi tidak akan membunuh anda. Tapi tiada siapa ingin tinggal di padang pasir," kata Jackson yang berasal dari Universiti Cambridge.
Untuk rekod, gempa bumi Sabtu lepas merupakan gempa bumi yang kelima untuk tempoh 205 tahun.
Kali terakhir gempa bumi melanda Nepal adalah pada tahun 1934.

0 orang berkata:
Post a Comment