Mana boleh tukar Rompin dengan Permatang Pauh
PERMATANG PAUH - Mana boleh kaitkan PRK Parlimen Permatang Pauh dengan Rompin kerana ia tidak sama untuk dibuat perbandingan atau tukaran.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pembangkang untuk membuat ‘persefahaman’ bagi kedua-dua kerusi parlimen itu adalah tidak wajar dan mempersendakan proses demokrasi.
Beliau cadangan pembangkang agar BN mengambil kerusi parlimen Rompin dan menyerahkan parlimen Permatang Pauh kepada PKR adalah tidak lojik.
"Kawasan Rompin dijaga dengan baik selama ini dan penduduknya menikmati pelbagai kemudahan dan pembangunan hasil usaha wakil rakyat BN.
"Tetapi Permatang Pauh jauh ketinggalan dan terabai begitu lama. Hanya BN yang mampu melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk dari segi sosio ekonomi, pendidikan dan kesihatan," katanya kepada media selepas menyaksikan proses penamaan calon PRK Permatang Pauh di sini semalam.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab BN untuk membantu pengundi di kawasan ini jika calonnya diberi amanah sebagai wakil rakyat kelak.
Mengenai persaingan dalam PRK Permatang Pauh, beliau yang juga Timbalan Timbalan Pengerusi Umno itu berkata, calon BN mampu memikul tugas kerana ada kelulusan dan anak tempatan yang sentiasa berada di kawasan ini berbanding calon PKR.
"Suhaimi berada di sini sepanjang masa. Kita akan bantunya untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kebaikan rakyat.
"Jika ada masalah, pengundi boleh datang berjumpa dengannya pada bila-bila masa sahaja. Sekarang ini pun, dia dah cuba berjumpa dengan semua pengundi," katanya.
Berbanding dengan calon PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail yang begitu sibuk dengan pelbagai tugas dan sudah pasti tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengundi di sini.
"Calon itu mana ada masa nak jaga semua tempat. Nak jaga Kajang dan nak jaga Permatang Pauh lagi. Saya yakin ia tidak dapat melakukannya dengan baik.
"Dahulu pun wakil rakyat dari PKR ada nama besar tetapi jarang berada di kawasan ini kerana sibuk dengan pelbagai urusan. Kasihan kepada pengundi Permatang Pauh yang terus terabai," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment