Kongsi pengalaman ngeri gempa di Nepal
PETALING JAYA - Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan daripada
104 rakyat Malaysia yang selamat tiba di tanah air dari Kathmandu,
berkongsi pengalamannya menempuh detik-detik cemas semasa gempa bumi
menggegarkan bumi Nepal, Sabtu lepas.
Sheila Vandalasamy, 34, yang bekerja di bahagian Imigresen Kedutaan Malaysia di Nepal pulang bersama suaminya, A. Kumaraw, 37 dan 102 lagi warga Malaysia yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
"Ini kali pertama kami mengalami kejadian ngeri melibatkan gempa bumi, sebelum ini memang ada gegaran, tetapi ia bersaiz kecil.
Pagi itu (Sabtu) secaratiba-tiba rumah kami di Kathmandu bergegar. Kami segera bergegas keluar dari rumah setelah rumah bergoyang dan barangan turut pecah dan jatuh ke lantai," katanya.
Sheila berkata sebelum pasukan penyelamat tiba, setiap saat amat menakutkan berikutan ada gegaran kecil susulan dan semua bangunan bergoyang.
Katanya, pengalaman menyaksikan mayat bergelimpangan di sebalik runtuhan dan teriakan orang ramai yang cuba menyelamatkan diri selain mencari orang tersayang, tidak akan dapat dilupakannya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment