Guan Eng: Ini semua fitnah!
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan tuduhan
beberapa pihak bahawa tiada pembangunan di Parlimen Permatang Pauh di
bawah PKR sejak 17 tahun lalu.
Menurutnya, tuduhan itu disifatkan berniat jahat berikutan ia dibuat tanpa fakta yang sahih.
“Tuduhan itu adalah tuduhan liar kerana mereka buat tanpa fakta, hanya fitnah dan berbaur perkauman sahaja. Mereka buat begitu sebab tiada isu lain untuk serang.
“Jika dilihat, sejak 2009 hingga tahun ini, Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan RM8.2 juta dalam Program I-Sejahtera untuk Permatang Pauh sahaja. Oleh demikian, di mana yang dikatakan tiada pembangunan di kawasan itu?,” katanya.
Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, antara program yang dilaksanakan di kawasan itu adalah Rakan Anti Kemiskinan dengan perbelanjaan RM1.6 juta.
“Selain daripada program itu, kita juga menjalankan program lain antaranya Penghargaan Warga Emas dengan kos RM2.2 juta, Sumbangan Jenazah Waris Warga Emas (RM1.48 juta) dan Pelajar Emas (RM1.44 juta).
“Dengan jumlah ini, jelas sumbangan Kerajaan Pulau Pinang amat besar dan bermanfaat kepada pengundi di Permatang Pauh. Jika sebelum ini (sebelum PKR), pengundi di kawasan itu tidak pernah menerima sebarang sumbangan seperti ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment