Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pemuda Pas batal boikot tapi gesa AMK mohon maaf

  • PRK Permatang Pauh
1 / 1
BUKIT MERTAJAM - Pemuda Pas Pulau Pinang hari ini membatalkan hasrat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan Pas berhubung hukum hudud.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Md Piah berkata, keputusan itu diambil selepas menghadiri mesyuarat tergempar di antara Pemuda Pas Pulau Pinang dengan  Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi.

"Maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur kepada arahan Pas Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas dekat sini hari ini.

Pada 25 April lepas, Pas Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.

Mengakui konflik di antara Pemuda Pas Pulau Pinang dan AMK Pulau Pinang masih berterusan, Mohd Yusni berkata, beliau percaya ia mampu diselesaikan.

Namun begitu, Mohd Yusni tetap bertegas AMK Pulau Pinang harus memohon maaf kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa presiden ada melakukan kerjasama politik dengan Umno.

Pada 26 April lepas, Pemuda Pas Pulau Pinang membuat keputusan agar semua jentera dan petugas Pemuda Pas negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang kempen PRK Permatang Pauh bagi memprotes pendirian AMK Pulau Pinang terhadap desakan Pemuda Pas negeri agar memohon maaf atas kelantangan mereka terhadap  Abdul Hadi.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).  

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang  dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 7 Mei. - Bernama

3 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Tahniah ustaz, anda berjiwa besar dan berani mengaku kesilapan.

Hamba Allah said...
This comment has been removed by the author.
Hamba Allah said...


KPKB...setahu saya xdak pn statement ust yusni mengaku salah dan tidak ada sebab beliau hendak mngaku salah

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.