Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas kemuka cukai alternatif ganti GST
  • GST baru
1 / 1
ROMPIN - Kempen menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada PRK Rompin yang diguna Pas sebagai bahan meraih sokongan pengundi bukan kempen ‘kosong’ kerana PR mempunyai alternatif lain kepada cukai tersebut.

Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, alternatif itu melibatkan dua jenis polisi cukai yang terkandung dalam belanjawan PR yang dibentangkan pada tahun lalu dan ia lebih baik berbanding GST.

“Saya kemukakan alternatif ini kerana ada seorang pemimpin itu yang meminta supaya PR nyatakan alternatif lain jika menolak GST dan saya tegaskan di sini bahawa PR mempunyai cukai alternatif tersebut yang lebih baik berbanding GST.

“Dua cukai tersebut ialah cukai keuntungan modal bagi ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan aset di kalangan golongan kaya. Keduanya bukan cukai pukul rata seperti GST,” katanya.

Menurutnya, sistem percukaian CGT itu memberi fokus kepada pendapatan dan gaji yang adil iaitu keuntungan bagi modal itu dikenakan cukai seperti seorang pemaju perumahan selain mempertahankan subsidi untuk rakyat.

Katanya, CGT juga diguna pakai di 127 negara berbanding GST yang dilaksanakan kira-kira 100 negara manakala dari segi pendapatan pula dijangka lebih tinggi iaitu kira-kira RM3 bilion berbanding GST, RM2.3 bilion sahaja.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang itu turut menempelak seorang pemimpin yang mengatakan bahawa GST tidak membebankan orang kampung seperti yang dilaporkan oleh beberapa media.

Menurutnya, realiti yang dihadapi sekarang adalah semua rakyat perlu menanggung cukai tersebut tidak kira di mana mereka berada kerana ia melibatkan barang-barang seperti makanan yang merupakan keperluan asas.

“Saya fikir dakwaan pemimpin tersebut tidak tepat kerana realitinya GST itu bukan cukai penduduk atau cukai berdasarkan kawasan geografi tetapi ia cukai barangan dan siapa yang beli barangan akan kena.

“Kepada pemimpin berkenaan tidak perlu berbohong dengan rakyat untuk meraih undi dan saya fikir rakyat juga sudah bijak menilai kenyataannya itu. Jadi, jika rakyat Rompin tetap memilih BN maknanya tindakan itu adalah penerimaan atau sokongan kepada GST,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.